GARA-GARA mengenakan kuku palsu ketika melakukan siaran langsung di media sosial, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerima teguran daripada segelintir netizen.Menjelaskan perkara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata pemakaian kuku palsu tersebut atas tuntutan kerja dan bukan digunakan secara sengaja dalam tempoh yang lama. Malah Bella memberitahu ketika itu dia juga berada dalam keadaan uzur yang membolehkannya memakai aksesori berkenaan."Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang pakai kuku palsu. Kadang-kadang saya ada kerja sehari sebelumnya dan tidak sempat membuka kuku itu.Bella terbuka menerima teguran. "Saya pun tengah 'bendera merah'. Sampai ke tahap itu saya cerita sebab saya terima banyak komen mengenai perkara tersebut," katanya menerusi siaran langsung di media sosial.Dalam pada itu, Bella turut memohon maaf sekiranya penampilannya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat."Saya minta maaf kalau ada yang tidak selesa. Kuku ini sebahagian daripada kerja saya juga, jurugaya yang minta saya pakai," ujarnya.Dalam pada itu, Bella turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak mudah menghukum atau mendoakan perkara buruk terhadap individu lain.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah kongsi kata-kata positif untuk kebaikanARTIKEL BERKAITAN: [V] Sweet, Syed Saddiq puji Bella Astillah ibu luar biasa... Cerminan sikap sopan anak-anakKatanya, setiap manusia mempunyai kekurangan dan berhak untuk memperbaiki diri."Tiada orang baik yang tiada masa lampau dan tiada orang jahat yang tiada masa depan."Tapi jangan doakan kejahatan kepada orang lain. Saya pun manusia biasa, pernah rasa sakit hati. Namun kita perlu kembali melihat diri sendiri."Mungkin ada perkara yang kita lakukan tanpa sedar, jadi muhasabah diri semula," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!