PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tampil berkongsi nasihat mengenai kepentingan menjaga tutur kata walaupun hanya di alam maya.Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berpendapat setiap kata-kata yang diluahkan seseorang mencerminkan keperibadian diri mereka. “Kata-kata kita lebih banyak menggambarkan siapa diri kita daripada yang kita sedari.Bella titip nasihat buat peminatnya.“Bertuturlah dengan baik dan jaga diri, walaupun di sebalik skrin,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun tidak memperincikan lanjut mengenai maksud di sebalik perkongsian tersebut namun dipercayai merujuk kepada komen negatif netizen.Menurut Bella, setiap perbuatan atau kata-kata yang disampaikan kepada orang lain akan kembali kepada diri sendiri, sama ada dalam bentuk kebaikan atau sebaliknya.Malah, dia menegaskan bahawa berbuat baik tidak pernah sia-sia, sebaliknya memberi kesan positif yang berpanjangan.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah didakwa tak bagi anak-anak jumpa bekas suami, Didi Astillah tampil bersuaraARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah buat kuih raya untuk Perdana Menteri, Syed Saddiq turut sama bantu di dapur “Segala apa yang kita berikan kepada dunia ini, baik atau tidak, pasti akan kembali kepada kita.“Sedikit peringatan untuk sentiasa muhasabah diri. Jadi orang baik atau berbuat baik, tidak pernah sia-sia,” ujarnya.Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut yang rata-rata bersetuju dengan mesej disampaikan, selain menganggapnya ia peringatan berguna kepada semua orang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube