PENGARAH Nazifdin Nasrudin menyifatkan kritikan dan kecaman segelintir netizen terhadap filem sulung arahannya, Malaikat Malam sebagai satu proses pembelajaran dan tidak menggoyahkan semangatnya.Nazifdin berkata, dia tidak berasa tertekan dengan maklum balas negatif tersebut, malah menganggap pengalamannya sepanjang berada dalam industri seni telah mematangkan dirinya untuk berdepan dengan situasi itu. "Saya ada baca kritikan mereka terhadap filem ini, tapi saya tidak berasa 'down' pun. Sepanjang beberapa tahun dalam industri, saya pernah kena lebih teruk daripada ini. Nazifdin mohon maaf sekiranya tidak dapat memuaskan hati penonton. "Tapi, semua komen yang positif dan negatif saya baca dan janji untuk buat yang lebih baik selepas ini," katanya kepada mStar. Nazifdin berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa malam gala filem Malaikat Malam baru-baru ini. Mengulas mengenai kritikan penonton yang mengatakan naskhah tersebut kurang memberi tumpuan kepada elemen permotoran, Nazifdin mempunyai pandangannya yang tersendiri.ARTIKEL BERKAITAN: "Bercinta selepas kahwin"... Que Haidar lerai spekulasi hubungan bersama Nur FazuraARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam rancang satukan Que Haidar, Fazura dalam filem arahan Syafiq"Saya tidak bersetuju dengan pendapat itu sebab ada lebih lima peratus (dunia permotoran) daripada yang mereka katakan. Jumlah perlumbaan semuanya ada tiga. "Tapi, saya mengaku ada had daripada segi pembikinan dan juga perlumbaan. Minta maaf kalau ada kekurangan yang buatkan penonton anggap filem ini tidak seronok," ujarnya. Dalam pada itu, Nazifdin turut mengakui bahawa hala tuju filem berkenaan memang lebih cenderung ke arah babak percintaan bagi mengimbangi elemen aksi yang dipaparkan.Nazifdin akui dilem tersebut lebih kepada aksi. "Kita memang nampak benda itu. Sejak trailer keluar lagi sudah tahu ia ke arah mana. Perlumbaan itu memang ada, cuma mungkin kita terapkan dengan cara yang baru. "Kalau mahu aksi sahaja tanpa ada hubungan romantik pun tidak seronok kan? Masing-masing ada tekak sendiri," ujarnya. Sebelum ini, filem Malaikat Malam mendapat kritikan penonton apabila dikatakan tidak mencapai jangkaan yang mereka harapkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube