KUMPULAN X-Factor bersedia untuk kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharu yang dijangka menemui peminat pada minggu kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.Menurut salah seorang anggotanya, Shah atau Irwan Shah Azhar, 47, kumpulan itu nekad membawa nafas baharu apabila mereka tidak lagi berada di bawah pengurusan KRU. "Insya-Allah single baharu X-Factor akan dilancarkan pada minggu kedua Aidilfitri. X-Factor mempertaruhkan 'Wa Lu Wa Lu' untuk single baharu."Selama ini KRU menguruskan keseluruhan kerjaya X-Factor dan tugas kami hanya menyanyi saja."Tapi kali ini X-Factor berpeluang bekerjasama dengan Warner Music selepas tidak bersama KRU. Kontrak dengan Warner Music pun masih berjalan, termasuk perlu menyiapkan lagi lima buah lagu," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Shah memberitahu X Factor bakal tampil dengan single baharu berjudul Wa Lu Wa Lu yang menggabungkan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea.ARTIKEL BERKAITAN: [V] X-Factor 'jejak kasih' selepas 17 tahun tak jumpa, cari ahli hilang guna media sosialARTIKEL BERKAITAN: [V] Danny X-Factor masih buat e-hailing, gigih bangun kerja pukul 4 pagi... Tak mahu meminta duit isteriKata Shah, pendekatan itu dilihat sebagai strategi untuk mendekati generasi baharu, khususnya peminat Gen Z yang kini cenderung kepada budaya Korea."Tajuk lagu baru kami Wa Lu Wa Lu iaitu gua lu gua lu (Kau Aku Kau Aku). Apa yang saya tahu Wa Lu Wa Lu ini adalah bahasa hokkien. "Kami yakin lagu ini lebih dekat dengan peminat muda kerana lebih catchy dan tidak terlalu meleret. Kali ini kami mahu lari sikit dari KRU dan bila orang dengar mereka tahu ini adalah X-Factor. SHAHANGGOTA X-FACTOR"Kemunculan semula X-Factor kali ini kami buat kelainan sikit di mana liriknya ada bahasa Melayu, Inggeris dan Korea," ujarnya. Dalam masa sama, Shah berkata perubahan tersebut dibuat kerana ingin membezakan identiti muzik X-Factor yang selama ini sering dikaitkan dengan gaya produksi KRU."Bukan nak membelakangkan KRU, tapi dulu kalau peminat dengar lagu kami mereka akan samakan dengan KRU. "Mungkin dulu abang Yusry dan Edry banyak buat demo lagu jadi bila kami dengar mula terikut-ikut gaya KRU.X-Factor mahu kembali aktif dalam industri seni."Kali ini kami mahu lari sikit daripada KRU dan bila orang dengar mereka tahu ini adalah X-Factor," katanya. Untuk info, kumpulan X-Factor mula bergiat aktif dalam industri hiburan sekitar tahun 1999 hingga 2009 di bawah naungan syarikat rakaman KRU Records. Selain Shah, X-Factor turut dianggotai oleh Fendi, Zach, Jim dan Danny. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube