PENYANYI dan pelakon Danny X-Factor selamat menjalani pembedahan pada Khamis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur bagi merawat penyakit 'Sciatica' atau sakit saraf yang dihadapinya sejak sebulan lalu.Danny atau Mohd Kardanie Anwa, 46, ketika dihubungi memberitahu dia juga dinasihatkan menjalani tempoh rehat selama sebulan selain perlu menjalani fisioterapi selepas pembedahan. "Syukur semuanya berjalan lancar. Saya telah selamat menjalani pembedahan di bahagian belakang badan untuk masalah tersebut.Danny selamat jalani pembedahan saraf. "Dalam tempoh sebulan ini, doktor menasihatkan supaya saya tidak membuat kerja berat. Perlu banyak berehat di rumah sahaja," katanya kepada mStar.Menurut Danny, dia sudah mula mengalami sakit pada bahagian belakang badan sejak dua bulan lalu, namun tidak menjalani sebarang pemeriksaan lanjut.Bagaimanapun, masalah tersebut semakin teruk sejak Ramadan lalu dan hanya mengambil ubat tahan sakit.ARTIKEL BERKAITAN: [V] X-Factor 'jejak kasih' selepas 17 tahun tak jumpa, cari ahli hilang guna media sosial ARTIKEL BERKAITAN: X-Factor buat ‘comeback’, bakal lancar single untuk peminat generasi baharu"Sebelum ini tak fikir pun serius. Jadi saya hanya makan ubat tahan sakit selain mengurut. Sempat juga saya sambut hari raya di Kelantan."Hari raya kedua, saya pergi ke klinik sebab cirit-birit dan ada juga berkongsi masalah sakit belakang ini kepada doktor. Daripada situ, doktor terus minta untuk melakukan pemeriksaan di hospital."Selepas melakukan ujian MRI (pengimejan resonans magnetik), doktor menyarankan saya menjalani pembedahan segera," ujarnya.Danny mahu rakan-rakan X-Factor meneruskan jadual persemabahn sementara dia dalam tempoh rehat. Biarpun berdepan ujian, Danny meluahkan rasa syukur apabila kos pembedahan yang menelan belanja RM70,000 itu tidak menjejaskan kewangan keluarga.Malah, dia juga meminta rakan-rakan X-Factor untuk meneruskan jadual persembahan tanpa kehadirannya selepas mereka tampil dengan lagu baharu berjudul "Wa Lu Wa Lu"."Sebelum Ramadan, saya ada terlibat dengan beberapa iklan, jadi dapatlah menampung kehidupan keluarga untuk beberapa bulan. Kos pembedahan juga ditanggung insurans. Syukur Allah telah mengaturkan semuanya dengan baik."Saya harap dalam tempoh rehat ini, anggota X-Factor lain dapat teruskan jadual seni mereka. Jangan disebabkan saya, mereka terpaksa menolak tawaran persembahan," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube