HANTARAN terbaharu penyanyi Nubhan mengenai percutiannya di Vietnam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mengundang pelbagai spekulasi.Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad, 40, dilihat memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama seorang wanita. Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wanita berkenaan kelihatan jauh lebih berusia sehingga ada yang membuat tuduhan melampau kononnya penyanyi itu telah disihir.Nubhan dikatakan bercuti bersama kawan-kawan. Malah, ada yang mula mengaitkan foto tersebut dengan gosip cinta yang pernah bertebaran sebelum ini.Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai yang mendakwa Nubhan kini sedang menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan."Jadi gosip sebelum ini memang betullah? "Seriuslah Nubhan? Aku tengok dia kacak, bekas isteri juga cantik. Siapa pula makcik ini? Tolong bawa dia berubat. ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan ikut cita rasa anak, tak kisah belanja besar buat persiapan rayaARTIKEL BERKAITAN: Hadiahkan ‘katil hospital’ buat Mak Jenny, netizen tersentuh lihat layanan Nubhan terhadap ibu"Nubhan ini kena ‘mandrem’ (guna-guna) ke? Ke nampak makcik ini cantik dekat mata dia? "Ya Allah, tolonglah Nubhan. Beragak sikit nak buat pilihan," ujarnya. Sementara itu, mStar cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada tuan badan, namun Nubhan gagal dihubungi kerana difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air.Difahamkan percutian Nubhan ke luar negara bukan dengan wanita itu sahaja, sebaliknya turut disertai bersama rakan-rakan lain. Nubhan sah bergelar duda pada Disember lalu. Untuk info, Nubhan sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Afifah Hidayah Tawfek pada 29 Ogos 2015.Bagaimanapun, mahligai yang dibina selama 10 tahun itu berakhir dengan perceraian pada 2 Disember 2025.Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille yang kini berusia 3 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube