suria
mStar - Urban.Versatil

Hadiahkan ‘katil hospital’ buat Mak Jenny, netizen tersentuh lihat layanan Nubhan terhadap ibu

Nubhan (kanan) menghadiahkan katil baharu buat ibunya.

TINDAKAN penyanyi Nubhan yang sentiasa mengutamakan kebajikan ibunya, Badariah Omar atau lebih mesra disapa Mak Jenny mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian terbaharu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, dilihat menghadiahkan sebuah katil hospital buat ibunya bagi memastikan wanita kesayangannya itu dapat berehat dengan lebih selesa.

Kata Nubhan, ibunya tidak mengalami sakit yang serius, namun faktor usia menyebabkan keadaan fizikalnya semakin lemah dan tidak sekuat dahulu.

Nubhan sentiasa mengutamakan Mak Jenny (kanan).

"Mak bukan sakit teruk cuma umur dah makin meningkat badan pun tak sekuat dulu. 

"Semua yang saya bina hari ini bermula dengan tangan wanita ini (ibu). 

"Sekarang makin tak larat. Saya tak mampu balas segalanya, sekurang-kurangnya saya pastikan mak selesa," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Jenny tak boleh bangun, Nubhan cari penjaga 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan tak guna ibu lariskan bisnes, rezeki Mak Jenny di usia tua... Lagu baharu tanda dedikasi

Nubhan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya. 

Tambah penyanyi Andai Derita itu, katil lama agak tinggi sehingga menyebabkan ibunya sukar untuk bergerak. 

Perkongsian tersebut menyentuh hati netizen yang rata-ratanya memuji sikap penyayang dan tanggungjawab Nubhan sebagai anak.

Nubhan mahu beri yang terbaik buat Mak Jenny.

"Nubhan ni saya puji bab menjaga kebajikan omak Jenny (ibu Nubhan) memang nombor satu. Alhamdulillah syurga dunia dan akhiratnya. 

"Kenapa aku rasa sebak tengok Nubhan melayan mak dia. Mungkin sebab saya seorang mak, terasa pula bila anak-anak begitu prihatin. 

"Aku tengok content kau ni bang aku pula yang berair air mata. Terubat rindu aku dapat tengok mak orang lain digembirakan oleh anak dia," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain