suria

Bella Astillah buat kuih raya untuk Perdana Menteri, Syed Saddiq turut sama bantu di dapur 

Perdana Menteri menerima bungkusan kuih raya Bella.

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah sempat menyiapkan bungkusan berupa kuih raya untuk dijadikan hadiah istimewa buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bungkusan tersebut disampaikan sendiri oleh teman baiknya, Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar. 

Syed Saddiq memberitahu dia berkesempatan meluangkan masa bertemu Perdana Menteri untuk memberi bungkusan berkenaan. 

Syed Saddiq dan Bella sama-sama menyediakan kuih raya buat Perdana Menteri.

"Dari Muar terus ke Putrajaya untuk berjumpa Perdana Menteri. Minggu lepas masa PM datang ke Absolute Fest dan sempat jumpa Bella, saya pula tak dapat bersama sebab tengah demi cari rezeki tambahan. 

"Hari ini dapatlah saya sampaikan sendiri kuih raya yang Bella buat. Freshly baked, straight out of the oven," katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Rabu. 

Menerusi gambar yang dikongsi, Syed Saddiq menyerahkan empat bekas kuih raya kepada Anwar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan artis, peminat mula buat spekulasi majlis bahagia Bella Astillah, Syed Saddiq 

ARTIKEL BERKAITAN: "Selamat hari lahir, Iron Lady" - Syed Saddiq rai ulang tahun Bella Astillah, bawa makan malam bersama anak-anak

Dia turut memuat naik video bersama Bella ketika mereka sama-sama menyiapkan kuih tersebut. 

Malah Syed Saddiq sempat bergurau hanya memberi bantuan kecil untuk membuat kuih semperit. 

"Saya setakat tabur cherry dekat atas sahaja. Itu pun dah kira maksimum bakat," ujarnya. 

Dalam pertemuan tersebut Syed Saddiq sempat meluangkan masa bertukar pandangan bersama Perdana Menteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain