HUBUNGAN mesra penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terus menjadi bualan netizen apabila pasangan itu dikatakan bakal melangsungkan hari bahagia dalam masa terdekat.Dakwaan itu timbul susulan beberapa persiapan yang dilihat sedang dilakukan oleh pasangan itu menjelang majlis tersebut. Lebih menarik perhatian, beberapa rakan artis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikatakan memberi bayangan tentang perkara itu.Antara komen-komen yang menarik perhatian peminat. Menerusi tangkap layar yang tular di Threads, peminat mula mengaitkan beberapa petunjuk bahawa Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabella Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq mungkin akan disatukan tidak lama lagi.Dalam perkongsian yang tular itu, seorang peminat berjaya mengumpulkan beberapa petunjuk yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bahagia pasangan tersebut. Antara rakan artis yang didakwa memberikan petunjuk itu termasuk Ben Ali, Nur Fazura serta abang Syed Saddiq dikenali Space Dolla.ARTIKEL BERKAITAN: "Selamat hari lahir, Iron Lady" - Syed Saddiq rai ulang tahun Bella Astillah, bawa makan malam bersama anak-anakARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mummy, lama tak hantar ke sekolah” - Bella Astillah tersentuh permintaan anak, sanggup lewat ke lokasi penggambaran"Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya," tulis Ben Ali. Sementara itu, Fazura dalam satu siaran langsung berkata dia sudah menyediakan baju berwarna kuning untuk dipakai semasa majlis rakannya dalam masa terdekat."Saya ada baju ini warna kuning yang mana akan dipakai pada majlis yang sangat bermakna dalam masa terdekat. Ia adalah bagi meraikan kebahagiaan rakan saya," ujarnya. Ramai mendoakan supaya Syed Saddiq dan Bella disatukan. Di ruangan komen, peminat turut mendedahkan abang Syed Saddiq kini sedang mencari baju berwarna kuning untuk dipakai pada 28 Mac ini.Rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan berita baik itu menjadi kenyataan. Untuk info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga Bersama Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube