suria

Alami jangkitan kuman pada tumor, Adzrin Adzhar tak fikir sambut raya... “Saya hanya mahu sihat saja”

Kesihatan Adzrin sepanjang Ramadan ini sedikit merosot.

PENYANYI dan guru vokal, Adzrin Adzhar berdepan masalah kesihatan akibat jangkitan kuman pada tumor.

Adzrin, 41, berkata keadaan itu menyukarkan dirinya untuk makan dan menjalani rutin harian selama beberapa hari sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. 

Kata Adzrin, dia bersyukur selepas mendapatkan rawatan tahap kesihatannya semakin baik dan kini mampu berjalan perlahan-lahan.

"Sebelum ini saya tak boleh nak makan apa-apa. Makan sikit saja terus muntah. Nak buang air besar dan kecil pun susah. 

Perkongsian Adzrin di Instastory miliknya.

Perkongsian Adzrin di Instastory miliknya.

"Doktor ambil sampel air kencing rupanya sebenarnya bukan masalah daripada tumor tetapi cuma tumor itu dijangkiti kuman. 

"Selama beberapa hari saya menerima rawatan di hospital dan sekarang ini saya sudah keluar wad dan Alhamdulillah tahap kesihatan saya semakin baik. Dah boleh jalan perlahan-lahan," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Adzrin memberitahu masalah kesihatan itu bermula ketika dia membuat persembahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada akhir bulan lalu. 

Pada mulanya, penyanyi lagu Pujaan Malaya itu menyangka gangguan kesihatan tersebut berpunca daripada kanser yang dihidapinya, namun selepas menjalani beberapa prosedur pemeriksaan, doktor mengesahkan sebaliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sel kanser kembali aktif, Adzrin Azhar tak mahu tunjuk lemah... “Dah merebak ke hati, payudara dan ovari”

ARTIKEL BERKAITAN: Adzrin Adzhar diherdik pelakon veteran, siap pengaruh produksi gugur nama jadi pengajar… Tak setanding sebab dah 5 dekad dalam industri

"Bulan puasa saya buat persembahan di PICC. Pada 28 Februari dalam pukul 7 malam tu perut saya sakit sangat. Rasa cramp tu tak tahu nak cakap macam mana sampai saya pengsan dalam tandas. 

"Saya minta tolong kawan bawa pulang sebab dah tak larat. Dari waktu itulah saya mula keluar masuk hospital dan jalani rawatan. 

"Mula-mula saya ingatkan masalah kesihatan yang saya alami ini disebabkan oleh kanser. Doktor dah buat MRI, tapi keputusannya sama saja seperti sebelum ini (sel kanser). Jadi doktor pun bagi ubat untuk tahan sakit," ujarnya. 

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma, Adzrin berkata dia kini hanya menumpukan perhatian kepada pemulihan kesihatan dan tidak merancang untuk menyambut lebaran secara meriah.

"Sejujurnya untuk saya memang rasa kesihatan itu adalah paling mahal. Jadi saya dah tak fikir nak raya ke apa. 

Adzrin tidak memikirkan soal menyambut hari raya Aidilfitri.

Adzrin tidak memikirkan soal menyambut hari raya Aidilfitri.

"Saya hanya mahu sihat saja dan tahun ini pun saya tak larat nak ke mana-mana. 

"Doakan agar kesihatan saya kembali pulih," katanya. 

Adzrin disahkan menghidap kanser ovari tahap dua pada 2015 dan dilaporkan bebas kanser selepas tiga tahun. 

Namun, ketika ditemu bual mStar tahun lalu, dia mendedahkan sel kanser kembali menyerang dan kini telah merebak ke bahagian hati, payudara, dan ovari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain