PELAKON Datin Atikah Suhaime menerima kejutan manis daripada suaminya, usahawan Datuk Lokman Teh apabila dihadiahkan sejambak wang tunai berjumlah RM10,000 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, berkata sebelum ini dia sering mendengar nasihat supaya berkahwin awal, namun kini benar-benar merasai kemanisan alam perkahwinan. “Dulu orang selalu pesan suruh kahwin sebab best, tapi tak tahu pula best sampai tahap macam ini.Atikah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35.“35 dan RM10 ribu richer. Terima kasih baby (panggilan suami), saya sayang awak sangat,” katanya.Atikah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.Dalam perkongsian tersebut, Atikah turut memuat naik video kenangan sebelum mereka berkahwin apabila Lokman pernah menghadiahkannya sejambak bunga mawar merah.ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik tak sesuai jemput anak yatim ke parti hari jadi, Atikah Suhaime tampil beri penjelasan… “Mereka gembira, bukan sedih”ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime beli barang kemas ‘reward’ diri selepas bersenamBagaimanapun kali ini, suaminya tampil dengan kejutan berbeza apabila membawa sejambak wang tunai bagi menambah suasana romantik sempena hari lahir aktres berkenaan.Atikah sempat berseloroh bertanyakan tentang mawar merah, namun Lokman menjawab dia hanya membawa jambangan wang tunai.Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube