PENYANYI Mawi berkongsi pengalaman paling mencabar ketika berada di puncak populariti dalam industri hiburan tanah air.Menurut Mawi atau Asmawi Ani, 45, dia pernah menerima hadiah yang mengejutkan iaitu sehelai seluar dalam wanita yang telah digunakan dan lengkap dengan lendir. Berdasarkan nasihat bapanya, Mawi tidak dibenarkan menyentuh hadiah itu dan terus membuangnya.Mawi berkongsi pengalaman seram yang pernah dialami mengenai peminat wanita."Waktu itu ada satu negara ini saya pergi untuk show, lepas persembahan saya balik bilik hotel. Penuh hadiah dalam bilik saya. Saya bukalah hadiah-hadiah itu dengan ayah. "Bila saya buka salah satu hadiah ni, kotak warna pink siap dengan reben. Wangi. Sekali tengok ada satu kertas dan bila buka seluar dalam perempuan. G-string. Seluar dalam itu dah pakai dan ada lendir. "Saya pun panik. Ayah saya cakap jangan sentuh. Ayah ambil penyangkut baju dan tarik. Lendir tu jatuh, masih fresh. Ayah saya masukkan dalam mangkuk tandas dan flush. Settle. Seram juga tu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak muncul di TV, peminat minta Mawi sertai GV... “Saya banyak benda nak buat”ARTIKEL BERKAITAN: Mawi tak tolak rezeki, ‘job’ menyanyi di majlis kahwin pun terimaMawi berkongsi perkara itu menerusi program audio siar Sembang Seram yang dimuat naik di YouTube. Dalam temu bual itu, hos Safwan Nazri bertanyakan mengenai ujian yang diterima Mawi sewaktu zaman kegemilangannya selepas bergelar juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3). Mawi mengakui dia tidak terlepas diuji dengan peminat wanita dan situasi itu memerlukan kekuatan mental yang tinggi.Mawi pernah mengecap populariti selepas menjadi juara AF3."Ujian wanita yang datang ini memang masya-Allah. Nak tepis macam mana tu kena betul-betul kuatlah. "Yang datang bukan biasa-biasa," ujarnya. Untuk info, Mawi mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila menyertai AF3 pada tahun 2005.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube