suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atikah Suhaime beli barang kemas ‘reward’ diri selepas bersenam

Atikah kini obses dengan barangan kemas.

GIGIH menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama, pelakon Datin Atikah Suhaime ada cara tersendiri memberi ganjaran atas usaha yang dilakukan. 

Bagi Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, dia lebih memilih untuk membeli barangan kemas setiap kali melihat hasil bersenam. 

"Beri ganjaran untuk diri sendiri dengan gelang baru. Setiap kali bersenam kuat, daripada saya cari makanan manis untuk reward, Tika (panggilan Atikah) beli emas. 

Perkongsian Atikah di Instastory miliknya.

Perkongsian Atikah di Instastory miliknya.

"Jadi nanti Tika bukan hanya kurus tetapi kurus bling-bling (dengan emas)," katanya. 

Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

Dalam perkongsian itu juga, Atikah turut berkongsi foto subang emas yang dibelinya dan memberitahu dia kini semakin obsess dengan barangan kemas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bangun setiap 20 minit, suami Atikah Suhaime rasa sendiri pengalaman berjaga malam

ARTIKEL BERKAITAN: Nak badan ‘slim’ macam anak dara, Atikah Suhaime lantik 2 jurulatih kesihatan sekali gus

"Tika sudah jadi makcik-makcik dah. Dah obses dengan barang kemas pula," ujarnya. 

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Atikah memberitahu dia melantik dua jurulatih untuk membantunya menurunkan berat badan selepas bersalin. 

Kata Atikah, dia mahu kembalikan badan seperti sebelum berkahwin. 

Dalam usaha ke arah itu dia melakukan rutin senaman harian seperti latihan bebanan dan pilates. 

Untuk info, Atikah melahirkan seorang cahaya mata perempuan iaitu Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu hasil perkahwinan dengan usahawan Datuk Lokman Tea.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain