PEMPENGARUH media sosial Ameera Khan mendedahkan bapanya kerap berasa kecewa dengan pilihan pasangannya sebelum ini.Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 26, berkata bapanya meletakkan standard yang sangat tinggi membuatkan dia sedar banyak keputusan sebelum ini tidak begitu bijak. "Kalau saya ceritakan apa ayah cakap, mungkin ramai terkejut. Cukuplah saya katakan dia selalu kecewa dengan pilihan saya."Namun ayah tetap berbuat baik. Insya-Allah saya akan buat pilihan lebih tepat pada masa depan.Ameera akui keputusannya sebelum tidak begitu bijak. "Ayah sudah menetapkan standard sangat tinggi, cuma saya sahaja yang pernah membuat keputusan kurang bijak,” katanya menerusi Instagram Story pada Ahad. Adik kepada pengacara Neelofa itu berkongsi pengalaman pahit apabila mengakui sering memberi lebih dalam hubungan berbanding pasangannya."Saya pernah berada dalam situasi itu. Saya merancang banyak perkara, malah menanggung kebanyakan perbelanjaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan dah tak ‘bisu’ lepas netizen lancar boikot, nyahikut… “Diam bukan tanda berkecuali”ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan 'doh jumpo' buah hati baru? Netizen petik nama kerabat diraja, saling 'follow' di Instagram"Saya juga sering meminta maaf walaupun bukan salah saya, membantu pasangan berkembang dan memberi keyakinan, tetapi tidak menerima perkara sama sebagai balasan."Saya tidak mahu melalui keadaan itu lagi kerana saya terlalu baik dan terlalu mudah menyayangi seseorang," ujarnya.Ameera mendedahkan, pengalaman peribadinya sebelum ini mengajarnya tentang apa yang sepatutnya dilakukan seorang lelaki dalam hubungan.Pengalaman sebelum banyak mematangkan Ameera.Malah Ameera menekankan bahawa wanita tidak sepatutnya berkompromi jika pasangan tidak menghargai mereka.“Bagi saya, peranan lelaki dalam hubungan bukan sekadar memberi nafkah.“Saya mampu menyara diri sendiri, Alhamdulillah. Jadi saya tidak perlukan lelaki semata-mata untuk itu, tetapi tetaplah memanjakan saya kerana saya menyukainya.“Seorang lelaki sepatutnya membuat pasangan rasa selamat, stabil dan dihargai. Jika perkara itu tiada, jangan sesekali berkompromi,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube