TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama pempengaruh Ameera Khan dikaitkan dengan seorang kerabat diraja. Gosip terbabit menjadi panas apabila adik kepada selebriti terkenal,Neelofa itu berkongsi beberapa foto bersama seorang lelaki misteri di akaun Instagram miliknya ketika bercuti di Dubai, baru-baru ini. Dalam foto tersebut lelaki itu dilihat mengenakan jaket jenama Miu Miu dan memakai rantai di leher.Perkongsian beberapa foto bersama lelaki misteri mengundang spekulasi ramai pihak. Perkongsian itu nyata menarik perhatian netizen sehingga sanggup membuat pencarian dan mendakwa aksesori yang dipakai lelaki itu mirip dengan seorang kerabat diraja. Malah ruangan komen sudah dibanjiri dengan nama jejaka tersebut meskipun kedua-dua pihak tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Hasil tinjauan mStar di Instagram turut mendapati mereka saling mengikuti di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol dah ada teman baharu, peminat nampak bercuti dengan Jule di BaliARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi padam foto bersama, Jefri Nichol dah 'unfollow' Ameera KhanSementara itu, terdapat juga netizen yang terkejut perkongsian foto tersebut selain mendakwa Ameera mudah melupakan kisah cintanya bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol. "Cepat betul punya kekasih baharu? Padahal masih berharap (anda) dengan Jefri. "Macam mana nak move on cepat begini.Ameera dikatakan mudah mencari pengganti selepas didakwa berpisah dengan Jefri. "New year new man," tulis beberapa pengikut. Terdahulu hubungan Ameera dan Jefri dikatakan sudah berakhir apabila pasangan itu tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram dan gambar mesra juga sudah dipadam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!