suria

Ibu Jatt Ali meninggal dunia, Sharifah Shahirah titip ucapan takziah

Ibu Jatt meninggal dunia pada pagi Khamis.

IBU kepada penyanyi, Jatt Ali yang dikenali sebagai Hajah Zainah dilaporkan meninggal dunia pada pagi Khamis.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Jatt atau nama sebenarnya Tahir Ali, 70, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Jatt turut memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah ibunya. 

Jatt mohon orang ramai mendoakan ibunya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

“Salam semua… Bonda (panggilan ibu Jatt) telah pun dijemput Allah pagi ini. Ternyata Allah lebih menyayanginya.

“Sama-sama kita doakan agar rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang beriman,” katanya.

Bagaimanapun, Jatt tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai punca kematian ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji Shiera dan bekas suami, dah lama berpisah tapi hubungan masih akrab… “Saya bertuah sebab Jatt orangnya baik tenang”

ARTIKEL BERKAITAN: Foto pakai kasut dalam rumah suntingan AI, Jatt Ali dituduh kurang ajar... Sharifah Shahirah rasa kelakar ada netizen percaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar Jatt dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.

Malah, bekas isteri Jatt iaitu pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera turut menitipkan ucapan takziah buat Jatt dan seluruh ahli keluarga.

“Takziah buat Jatt dan keluarga,” tulis Shiera ringkas menerusi Instastory.

Shiera mengucapkan ucapan takziah buat Jatt dan keluarga.

Untuk rekod, Jatt dan Shiera pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1993 sebelum berpisah pada 1999.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Tallisya.

Jatt kemudiannya bertemu jodoh dengan Norimah Zaini, manakala Shiera pula berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada tahun 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain