VOKAL penuh jiwa membuatkan peminat mula menggelarkan penyanyi dan komposer Sienna Spiro sebagai 'New Adele' generasi Z. Dengan kemampuan menyampaikan emosi melalui lirik tulus, penyanyi asal England ini berjaya menarik perhatian peminat di peringkat global sejak awal kemunculan. Sepanjang setahun lalu, Sienna mencatat pelbagai kejayaan termasuk disenaraikan sebagai Vevo DSCVR Artists to Watch 2026 serta melancarkan EP sulungnya, Sink Now, Swim Later, pada awal 2025.Sienna digelar sebagai 'New Adele' generasi Z.EP ini menampilkan lagu-lagu utama seperti Origami, Back To Blonde, dan Need Me, yang menerima sokongan daripada penyanyi terkenal antarabangsa seperti SZA, Mark Ronson, dan Finneas.Single popularnya, Maybe, mencatat lebih 125 juta penstriman global dan menembusi carta viral Spotify di empat negara, mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang baharu yang semakin meningkat.Sienna juga mencipta sejarah peribadi dengan penampilan sulung di televisyen melalui The Late Show with Stephen Colbert.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Senafas’ dedah sisi baharu Allan Andersn, kali pertama serah diri pada komposer MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo tutup 2025 dengan keberanian, lancar single Melayu kedua berjudul ‘Singa’Selain itu, Sienna menyertai siri jelajah musim panas penyanyi Teddy Swims dan tampil sebagai artis pembuka tirai untuk persembahan Sam Smith dalam acara eksklusif “To Be Free: New York City” di Brooklyn, Amerika Syarikat.Di Malaysia, namanya mula menjadi sebutan selepas pelancaran single terbaharunya, Die On This Hill terbitan Capitol Records.Lagu ini menerima sambutan hangat daripada peminat tempatan, mencatat kedudukan #12 di Spotify Top 50 Malaysia dan #41 di Spotify Top 50 Global, membuktikan penerimaan karyanya di peringkat antarabangsa.Nama Sienna semakin meningkat naik di Malaysia.Fenomena Die On This Hill turut terserlah melalui gelombang video cover di Instagram dan TikTok, dikongsi oleh artis tempatan seperti Yazmin Aziz (@yazminaziz) dan Julia Duclos (@juliaduclos), serta mendapat sokongan Key Opinion Leaders (KOL) seperti Elica Paujin (@angelpaujin) dan Cici (@felistacy).Trend ini menjadikan lagu tersebut antara balada antarabangsa paling tular di TikTok Malaysia ketika ini.Tambahan pula, kandungan kreatif artis tempatan seperti Siti Hariesa dan Diana Danielle, yang berkongsi interpretasi peribadi mereka terhadap lagu ini di media sosial telah memperkukuh impak Die On This Hill dan meluaskan jangkauan Sienna di kalangan pendengar tempatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube