ADIK Allahyarham Isma Aliff hanya mengharapkan agar isteri dan dua anak abangnya itu datang menziarahi pusara arwah sekiranya ada masa kelak.Shamsidah Ismail, 60, berkata dia enggan memanjangkan cerita namun ahli keluarga abangnya itu sememangnya tidak hadir sehingga selesai upacara pengebumian. “Sebenarnya saya tak mahu panjangkan cerita ini, tapi itu kenyataan dan hari ini tak ada datang pun daripada keluarga terdekat arwah seperti isteri dan anak. Ini perkara benar dan bukan yang direka.Arwah Aliff selamat dikebumikan pada petang Rabu.“Mereka juga tak ada hubungi, malah anak saya sebagai sepupu kepada anak arwah juga ada cuba hubungi, tapi sama juga tiada jawapan. "Mungkin kita hanya boleh doa supaya mereka sedar,” katanya kepada mStar sebaik sahaja selesai majlis pengebumian.Sementara itu, jenazah Allahyarham Isma Aliff atau nama sebenar, Muhammad Latiff Ismail, 62, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada pukul 6.20.ARTIKEL BERKAITAN: Majlis pengebumian Isma Aliff akan diteruskan walau dua anak tak hadirARTIKEL BERKAITAN: [V] Isma Aliff meninggal duniaPengebumian Allahyarham berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 50 orang termasuk ahli keluarga, rakan seni dan kenalan terdekat bagi memberi penghormatan terakhir.Antara rakan artis yang hadir ialah termasuk Sheila Mambo, Den Wahab, Rahim Jailani dan beberapa penggiat seni yang pernah bekerjasama dengan arwah.Sebelum ini, jenazah Allahyarham Isma diurus dan disolatkan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor. Pada pagi Rabu, Shamsidah memberitahu dua anak kepada pelakon dan penyanyi Allahyarham Isma Aliff dikatakan gagal dihubungi bagi memaklumkan berita pemergian bapa mereka.Menurutnya bahawa urusan pengebumian jenazah akan diteruskan tanpa menunggu kehadiran kedua-dua anak saudaranya itu.Aliff meninggal dunia pada pagi Rabu.Kali terakhir Isma bertemu anak-anak adalah sekitar dua tahun lalu dan sejak itu mereka tidak pernah muncul termasuk ketika sambutan Aidilfitri. Untuk rekod, arwah mendirikan rumah tangga dengan Norha Rafie pada 1986 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.Allahyarham Isma atau Muhammad Latiff Ismail menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Baharu, Ampang sekita pukul 8.30 pagi hari RabuJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube