PELAKON Ezzanie Jasny hilang sabar apabila muncul satu lagi akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya di media sosial dan bertindak keterlaluan menyebarkan fitnah berkaitan berita kematian ahi keluarganya. Kata Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, selama ini dia cuba menahan sabar namun tindakan individu berkenaan disifatkan sudah melampaui batas apabila melibatkan ibu bapanya. "Saya tengah tahan nak marah ni. Apa yang dia dengki sangat dengan saya? Setahu saya, tak ada kacau kehidupan siapa pun. Ezzanie meluahkan rasa kecewa di media sosial."Awak (penyamar) ni sumpah melampau. Siap post gambar ibu bapa saya cakap 'salam takziah'. Ibu bapa saya hidup lagi tau," katanya. Ezzanie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. Dalam pada itu, Ezzanie turut tampil memberikan penjelasan lanjut menerusi hantaran di Instastory miliknya berhubung kewujudan akaun palsu berkenaan yang masih aktif meninggalkan komen di sesi siaran langsung individu lain.ARTIKEL BERKAITAN: Akaun palsu fitnah agama Ezzanie Jasny, keluarga terima ugutanARTIKEL BERKAITAN: Selepas berjaya miliki Mercedes Benz, Ezzanie Jasny kumpul duit beli rumah pulaMenurutnya, dia sebelum ini telah membuat laporan polis berkaitan isu akaun palsu tersebut dan akan turut memaklumkan pihak berkuasa berhubung fitnah terbaharu yang berlaku."Sekadar untuk penjelasan, masih terdapat satu akaun palsu lain yang menggunakan foto saya dan meninggalkan komen di sesi siaran langsung media sosial orang lain. "Komen-komen tersebut bukan daripada saya. Saya telah membuat laporan polis berhubung insiden sebeum ini dan juga akan memaklumkan pihak berkuasa mengenai perkara ini. Ezzanie sudah membuat laporan polis tentang kewujudan akaun palsu di media sosial."Terima kasih kepada semua yang menghubungi saya dan memaklumkan perkara ini," ujarnya.Sebelum ini, Ezzanie mendedahkan kewujudan beberapan akaun palsu di media sosial yang menyamar dirinya sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarga. Lebih membimbangkan, akaun-akaun tersebut turut menyebarkan kenyataan tidak benar berkaitan status agamanya, selain aktif dalam sesi siaran langsung, forum dan ruangan komen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube