ADIK kepada Allahyarham Isma Aliff memberitahu abangnya itu sering kali meluahkan hasrat ingin pulang ke ‘rumah’ sejak kesihatannya mula merosot kira-kira seminggu lalu.Menurut Shamsidah Ismail, 60, kata-kata tersebut diucapkan oleh Allahyarham seolah-olah dia berhalusinasi ingin ke suatu tempat yang tidak diketahuinya. Kesihatan Allahyarham dikatakan semakin merosot selepas kejadian terjatuh di kediamannya di Kampung Melayu Ampang.Shamsidah berkongsi arwah sering berhalusinasi ingin ke suatu tempat yang tidak diketahuinya.“Dalam seminggu ini kesihatannya semakin teruk. Dia tak boleh berjalan sebab pada satu hari itu dia terjatuh dan selepas kejadian itu terus hilang keyakinan.“Sampai hari terakhir, arwah memang kurang makan, hanya minum air sahaja. Dia juga berhalusinasi dan asyik cakap nak balik rumah,” katanya kepada mStar.Shamsidah berkongsi perkara itu ketika ditemui di kediaman Allahyarham pada pagi Rabu.Bercerita tentang kejadian Isma terjatuh sebelum ini, Shamsidah memberitahu abangnya terlantar seorang diri hampir dua jam sebelum dibantu oleh seorang individu yang kebetulan datang menghantar surat.ARTIKEL BERKAITAN: Isma Aliff meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: [V] Isma Aliff akhirnya dapat jumpa anak selepas setahun, paling seronok boleh peluk 2 cucuDia juga memberitahu Allahyarham mengalami kesukaran untuk bercakap pada pagi Rabu sebelum disahkan meninggal dunia.“Kuasa Allah, ada adik yang hantar surat dan tolong dia. Kalau tidak, memang tunggu saya balik. Selepas kejadian itu dia jadi fobia untuk berjalan.“Pagi tadi sebelum saya ke sekolah, dia sudah tak bercakap dan pernafasannya pun kurang baik. Tapi saya sempat ajar dia mengucap sebelum tinggalkan dia sekejap,” ceritanya sebak. Sampai hari terakhir, arwah memang kurang makan, hanya minum air sahaja. Dia juga berhalusinasi dan asyik cakap nak balik rumah.SHAMSIDAH ISMAILADIK ISMA ALIFFBerkongsi momen terakhir bersama arwah, Shamsidah berkata Allahyarham sempat meluahkan rasa terima kasih serta memohon maaf atas segala perkara.Malah, beberapa pesan akhir abangnya itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat dirinya.“Dia memang tinggal seorang diri, cuma sejak akhir-akhir ini saya kerap melawat sebab tak ada orang jaga.Arwah Isma meninggal dunia pada pagi Rabu.“Saat akhir, dia kata dia maafkan semua dan kalau dia ada duit banyak, dia nak beri kepada saya. Kata-kata itu sangat terkesan di hati saya,” ujarnya.Isma Aliff atau Muhammad Latiff Ismail, 62, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya sekitar pukul 8.30 pagi.Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas waktu Asar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube