suria

Uyaina Arshad belum tahu jantina bayi, mahu kejutan ketika bersalin…. Suami beri kad kredit layankan mengidam emas

Uyaina mengidam emas untuk kehamilan kali ketiga.

MENGHITUNG hari untuk melahirkan anak ketiga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui dia dan suaminya, Raja Syahiran, memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi sehingga saat kelahiran nanti.

Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, kandungannya kini memasuki trimester ketiga dan dijangka bersalin dalam tempoh dua minggu lagi.

Meskipun sudah hampir bersalin, dia tetap berpegang pada keputusan untuk tidak membuka dokumen pemeriksaan doktor yang tertera jantina bayi dalam kandungan. 

Uyaina masih tidak tahu jantina anak dalam kandungan.

“Kalau ikutkan tinggal lagi dua minggu untuk melahirkan cahaya mata ketiga. Alhamdulillah setakat ini sihat, cuma bila dah masuk fasa trimester ketiga memang penat tak boleh bawa bincang.

“Saya memang tak tahu jantina bayi walaupun dah nak bersalin. Dokumen yang doktor bagi pun saya tak buka.

“Biarlah saya dan suami rasa kejutan bila melahirkan nanti. Tapi nama sudah ada,” katanya kepada mStar.

Uyaina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan filem The Voice Of Hind Rajab yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam mengidam kali ini, Uyaina Arshad sanggup ke Kuala Pilah untuk beli emas... Tak sangka harga memang murah

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad terkilan, gambar dan video dijadikan peluang cari untung tanpa izin… “Berkat ke itu?”

Dalam pada itu, Uyaina turut berkongsi pengalaman mengidam sepanjang kehamilan kali ini apabila pada peringkat awal dia hanya teringin menikmati masakan tradisional Melayu, namun keinginannya itu berubah kepada barangan kemas.

Tanbahnya suami turut menyokong kemahuan tersebut sehingga sanggup memberikan kad kredit untuk membolehkan dia membeli emas.

“Mengidam emas itu memang betul, tapi pada awalnya cuma mengidam nak makan lauk tradisional Melayu sahaja.

“Tapi tiba-tiba rasa macam tak makan pun tak mengapa asalkan dapat emas. Berpada-pada juga, berbelanja ikut kesedaran dan kewarasan.

Saya memang tak tahu jantina bayi walaupun dah nak bersalin.

UYAINA ARSHAD

PELAKON DAN PENGACARA

“Suami bagi kad kredit, saya pergi satu Kuala Pilah cari emas. Memang murah rupanya emas di sana,” ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Uyaina memberitahu perkongsiannya mengenai ‘mengidam emas’ di media sosial mendapat pelbagai reaksi, termasuk daripada para suami yang risau isteri mereka terpengaruh.

“Sebenarnya ramai ibu mengandung boleh ‘relate’ dengan saya. Yang kelakarnya, ada juga suami-suami yang hantar mesej minta saya berhenti kongsi sebab isteri mereka terpengaruh. 

Uyaina gembira dapat emas sebelum melahirkan anak ketiga.

“Tapi bagi saya tak salah pun sebab suami juga akan dapat faedah daripada beli emas ini di kemudian hari,” jelasnya.

Sebelum ini, Uyaina pernah memaklumkan dia tidak mengidam makanan pelik seperti kebanyakan wanita hamil lain, sebaliknya lebih menginginkan barangan kemas sehingga sanggup menghadiahkan aksesori berharga itu buat diri sendiri. 

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain