suria

Shahidan Izwan kini bergelar bapa, air mata jantan tumpah lihat isteri bersalin

Isteri Shahidan selamat bersalin anak perempuan pada malam Isnin.

PELAKON Shahidan Izwan berkongsi berita gembira apabila isterinya, Momoy Rahman, selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada Isnin.

Menurut Shahidan, atau nama penuhnya Ahmad Shahidan Izwan Mohd. Ali, 29, bayi perempuan seberat 3.75 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Berkongsi pengalaman melihat sendiri proses kelahiran di bilik bersalin, pelakon ini mengakui dia gagal menahan air mata saat anak sulung mereka dilahirkan.

Shahidan dan isteri dikurniakan cahaya mata perempuan.

“Saya tengok depan mata isteri saya melahirkan anak kami. Saya ini jenis manusia susah menangis.

“Syukur saya dapat melihat sendiri keseluruhan prosedur yang dilalui isteri dan saya sendiri memotong tali pusat anak. Alhamdulillah, tidak pengsan, tengok darah semua okey.

“Namun air mata jantan saya tumpah selepas melihat anak keluar daripada rahim isteri,” katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahidan Izwan teruja nak jadi bapa, tunggu hadiah kemenangan ‘boxing’ untuk beli kelengkapan bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Baru lima bulan bernikah, Shahidan Izwan mahu segera timang anak

Berkongsi lanjut, Shahidan menganggap isterinya seorang wanita luar biasa kerana masih mampu tersenyum walaupun sedang menahan kesakitan.

Ditanya mengenai pemilihan nama anak, dia dan isteri bagaimanapun memilih untuk menunggu tempoh tujuh hari selepas kelahiran sebelum berkongsi kepada umum.

“Isteri saya memang seorang wanita yang sangat kuat. Bayangkan bukaan lapan sentimeter, dia masih boleh berbual. Malah, apabila anak sudah lahir, dia juga masih boleh tersenyum.

Shahidan dan Momoy mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

“Kami sudah memilih nama anak, tetapi pada hari ketujuh nanti barulah saya akan dedahkan.

“Sebelum memilih, kami sudah bertanya kepada ustaz sama ada nama tersebut sesuai, membawa maksud yang baik dan sebagainya,” jelasnya.

Untuk rekod, Shahidan dan Momoy, atau nama sebenarnya Fatin Atiqah Abdul Rahman, mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain