suria

Mawar Rashid selesa dengan jejaka sederhana, teringin hidup dikelilingi sawah padi… “Kriteria itu ada pada lelaki ini”

Mawar kini dikatakan sedang berbahagia.

SELEPAS berkongsi foto bersama lelaki misteri, pelakon Mawar Rashid dikatakan sedang hangat bercinta dengan jejaka tersebut. 

Enggan mendedahkan status lelaki berkenaan, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, ketika dihubungi hanya menjelaskan dia memilih lelaki tersebut kerana menginginkan kehidupan yang lebih sederhana.

Mawar turut memberitahu dia akan berkongsi berita gembira itu dalam masa terdekat.

Mawar bagaimanapun masih mahu menyorokkan identiti lelaki berkenaan. 

"Saya memang teringin nak hidup dalam suasana yang tenang dan jauh dari bandar. Kalu boleh nak tinggal di sawah padi. 

"Saya juga nak menikmati hidup secara sederhana. Ia membuatkan saya rasa lebih bersyukur. Semua kriteria ini ada pada lelaki ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mawar berkata dia selesa dengan lelaki yang menjalani kehidupan sederhana kerana sifat mereka yang ringkas dan tidak banyak kerenah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid beri ‘hint’ raya sedondon dengan jejaka misteri, tunggu masa sesuai untuk kongsi

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid buka mulut gosip bakal kahwin jejaka Brunei

"Lelaki sederhana ini sebenarnya ringkas dan mudah untuk didekati. Mereka tidak banyak kerenah.

"Ini kerana, mereka tidak taksub dengan teknologi terkini. Jadi kami dapat luangkan lebih banyak masa bersama," ujarnya.

Mawar teruja bakal beraya sedondon dengan jejaka pilihan hati.

Sebelum ini pada Ahad, Mawar seakan-akan memberi bayangan bahawa hatinya kini sudah dimiliki seorang jejaka istimewa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar berkata dia teruja untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi kerana ingin mengenakan pakaian sedondon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain