pelakon Erysha Emyra, rumah Erysha kena rompak, kes rompak rumah artis, keluarga Erysha Emyra, rumah Erysha
PELAKON Erysha Emyra berdepan ujian sebelum menyambut 1 Syawal apabila kediaman milik keluarganya dipecah masuk perompak. Berkongsi perkara itu, Erysha, 27, memberitau kejadian tersebut berlaku ketika ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain berada dalam rumah mereka. Rompakan tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian kehilangan wang ringgit termasuk barangan kemas. Erysha maklumkan keluarga dalam keadaan selamat. "Saya tiada di rumah ketika itu sebab keluar berbuka puasa. Adik hubungi dan menangis. keluarga ada di rumah ketika itu. “Beberapa barangan hilang termasuk wang tunai dan barang kemas. Ibu bapa saya sudah keluarkan duit tunai sebab kami nak pulang ke kampung. "Semua barang itu kami letak dalam laci. Perompak itu kopak dengan pisau dan dia tinggalkan pisau di situ," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Belum ada cincin di jari, Erysha Emyra jawab hubungan dengan Ariel Fesol... Mula rapat selepas berlakon bersama ARTIKEL BERKAITAN: Ariel Fesol nafi ada hubungan istimewa dengan Erysha Emyra, mahu fokus pada kerjayaErysha berkongsi perkara tersebut ketika dihubungi stesen radio Era. Dia sebelum itu turut memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di InstaStory miliknya tentang kejadian yang dipercayai berlaku pada Selasa. Bercakap lanjut, peristiwa tersebut juga memberi kesan trauma terhadap keluarganya. Kejadian yang berlaku memberi kesan kepada keluarga Erysha. "Selepas kejadian itu kami sedikit trauma. Namun ia juga peringatan buat kami. Selama lebih 20 tahun tinggal di situ tidak pernah berlaku apa-apa," jelasnya. Erysa juga memaklumkan kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube