suria

Sebak di konti radio, Aznil Nawawi hadiahkan RM3,000 tunai hajat pendengar

Aznil (kanan) bersedekah sebanyak RM3,000 kepada seorang pendengar radio.

PENGACARA dan penyampai radio Kool FM, Datuk Aznil Nawawi menyentuh hati ramai apabila menghadiahkan RM3,000 kepada seorang pemanggil dikenali sebagai Amira menerusi segmen Pagi On Point. 

Aznil, 64, menyatakan hasratnya untuk membantu Amira menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna bersama keluarga tersayang.

"Amira kalau Pak Nil (panggilan Aznil) kirimkan duit raya untuk ibu bapa, anak-anak serta anak saudara awak boleh tak? Bagi pihak Pak Nil. 

"Kalau awak menolak, awak seperti tolak hajat Pak Nil. Ini hajat Pak Nil.

Aznil terharu mendengar keluhan pendengar radio.

"Pak Nil dah hantar kiriman RM3,000 untuk awak. Saya nak hari raya awak, hari raya yang gembira okay," katanya. 

Tersentuh dengan keikhlasan tersebut, Amira mengakui dirinya berada dalam keadaan terdesak dan tidak menyangka doanya dimakbulkan dengan cara yang tidak diduga.

"Kalau saya menolak macam saya sombongkan Pak Nil? 

"Saya nak cari RM30 pun susah sekarang. Pak Nil malam tadi saya berdoa cakap ya Allah pinjamkanlah sikit kekayaan-Mu padaku ya Allah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aznil Nawawi tutup ruangan komen, rakaman podcast bersama Mia Sara Nasuha dibuat sebelum isu dengan Puteri Balqis meledak

ARTIKEL BERKAITAN: Aznil Nawawi bimbang generasi muda terbuai dengan teknologi... “Tidak mustahil anak-anak tak lagi menangis kehilangan ibu bapa kerana lebih ‘attached’ dengan AI”

"Gembirakanlah hati kami ini ya Allah. Sesungguhnya aku dengan suamiku dah habis usaha. Saya tak sangka rezeki daripada Pak Nil. Tak pernah terfikir,” katanya. 

Menurut Amira, dia dan suami sebelum ini telah berusaha sebaik mungkin untuk menambah pendapatan, namun masih belum mencukupi terutama menjelang hari raya.

"Saya dengan suami dah berusaha habis untuk kami dapatkan sumber pendapatan yang lebih. 

"Suami saya kerja beberapa tahun tak ada bonus, kami pula baru pindah. Saya mengikut suami untuk dia berada dekat dengan kedua ibu bapanya. 

Aznil sentiasa bermurah hati membantu golongan memerlukan.

"Lagi berapa hari nak raya, saya dengan suami saling berpandangan. Kami nak cakap apa pun tak tahu," jelasnya. 

Walaupun tidak menganggap diri mereka terlalu susah, Amira berkata mereka tetap mempunyai keinginan untuk memberi kepada keluarga, namun keadaan kewangan membataskan hasrat tersebut.

"Kami bukanlah susah mana tapi kami ada rasa nak memberi, untuk sedekah. Macam mana nanti adik-beradik yang lain salam mak ayah ada bagi sampul (duit). 

"Saya tahu suami nak memberi sebab dia seorang yang baik. Dia ada rasa tanggungjawab. Dia anak sulung," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain