TULAR di media sosial sebuah video memaparkan isteri kepada pemenang tempat ketiga sebuah program realiti nyanyian mengamuk selepas mendapati suaminya itu berlaku curang bersama wanita lain.Menerusi video yang dimuat naik, isteri penyanyi itu dipercayai merakam kejadian tersebut ketika berada di Uptown. Dalam rakaman berkenaan, penyanyi itu dilihat sedang memilih kasut, manakala wanita yang bersamanya hanya duduk menunggu.Pasangan ini didakwa 'kantoi' keluar berdua .Apa yang mengejutkan isteri penyanyi itu sempat melontarkan sindiran terhadap suaminya bahawa Allah sudah pun menunjukkan dia berlaku curang. "Wah, hebat. Allah nak tunjuk sekejap saja," katanya. Situasi menjadi lebih tegang apabila isteri penyanyi itu meluahkan kemarahannya secara terbuka di lokasi kejadian.ARTIKEL BERKAITAN: Tom nafi curang, akui terlalu ikut emosi di media sosial… Kini dalam proses baiki hubunganARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan kahwin, kecoh suami penyanyi curang... Jalin hubungan dengan ramai wanitaMalah, dia turut mengeluarkan kata-kata kesat dan menggelarkan wanita yang dipercayai bersama suaminya sebagai ‘penyondol’, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada isteri penyanyi itu tidak berjaya apabila mesej yang dihantar tidak mendapat maklum balas.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube