PELAKON Bront Palarae tidak dapat menyambut Aidilfitri di Malaysia tahun ini apabila dia berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pada Rabu untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana.Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 48, berkata dia berangkat bersama keluarganya bagi mengikuti pengajian Pentadbiran Perniagaan Eksekutif (EMBA) di Asia School of Business. "Saya tidak dapat berada di Malaysia kerana hari ini (semalam) saya dan keluarga bergerak ke Amerika Syarikat."Ini kerana saya sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Eksekutif. Bront bakal berangkat ke Amerika Syarikat pada Khamis. "Saya akan berada di sana selama tiga minggu untuk menamatkan pengajian ini,"katanya. Bront berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Filem Kong Tao di Sunway Pyramid, Selangor pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai masih keliru nama sebenar Bront Palarae – “Kalau guna Nasrul Suhaimin nampak terlalu baik”ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tiada tawaran, Bront Palarae pilih naskhah berkualiti demi nama baik industri filem MalaysiaDitanya mengenai kerisauan mengenai konflik di Asia Barat yang memuncak sejak 28 Februari lalu, Bront hanya meminta supaya peminat mendoakan keselamatannya. "Doakanlah perjalanan kami sekeluarga dalam keadaan yang tenang dan selamat sampai. "Sudah pasti ada kerisauan selepas melihat kepada apa yang berlaku. Tapi saya serahkan soal ajal dan maut ini di tangan Allah," ujarnya. Bront bakal tampil dengan filem terbarunya iaitu Kong Tao. Berkongsi mengenai filem Kong Tao yang bakal ditayangkan pada 19 Mac ini, Bront meluahkan rasa teruja apabila berpeluang terlibat dalam filem itu. "Saya memang tidak sabar untuk tunggu filem ini ditayangkan di pawagam nanti. Naskhah ini sangat menarik kerana bukan sahaja melibatkan budaya di Malaysia tapi negara jiran. "Bagi saya filem ini sangat menarik kerana menyentuh mengenai amalan 'black magic'," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube