PELAKON Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila sisi peribadinya yang pemurah didedahkan oleh individu yang pernah bekerjasama dengannya.Perkongsian itu dibuat menerusi Threads oleh Hafiz Mohamed Nassir yang menyifatkan aktres berkenaan sebagai seorang yang suka bersedekah tanpa menghebahkan kepada umum. "Sepanjang pengalaman saya bekerja dengan fazura, ada satu perkara yang ramai orang mungkin tidak tahu tentang dirinya.Hafiz kagum dengan perangai Fazura yang suka buat amal secara diam. "Fazura adalah seorang yang sangat suka bersedekah, tetapi dia tidak pernah suka menceritakan perkara itu kepada umum."Banyak perkara baik yang dia lakukan secara senyap dan penuh keikhlasan," katanya pada Rabu. Hafiz turut berkongsi bahawa Fazura secara konsisten menyalurkan bantuan makanan setiap hari Jumaat kepada golongan yang memerlukan termasuk anak-anak yatim.ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun berkawan baik, Fazura tampil bela Chot… “Satu-satunya sosok ‘lelaki’ di dalam rumah yang ada sifat tanggungjawab”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Que Haidar anggap Fazura sahabat lama… “Bila jumpa semula, mestilah ada rasa malu-malu”"Antara yang saya sendiri pernah lihat, setiap hari Jumaat akan ada bantuan makanan dihantar kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. Satu lori penuh dengan beras dan keperluan asas."Perkara itu dilakukan secara konsisten, tanpa hebahan dan tanpa publisiti. Itulah sifat sebenar Fazura," ujarnya. Tambah Hafiz, dia menyifatkan Fazura ini sebagai seorang yang baik hati, lemah lembut dan juga berkasih sayang.Ramai netizen mula membongkar sifat baik Fazura. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut bersetuju dan menyifatkan Fazura seorang wanita yang baik hati dan pemurah dengan senyuman. "Saya pernah jumpa Fazura, dia memang baik hati. "Fazura ini memang tidak pernah lepas dengan senyuman. Tenang sahaja tengok dia," kata netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube