suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular video seakan-akan bercium, Zairi Aziz mengaku kontroversi jejaskan mental

Zairi akui gosip itu buatkan dia berasa tertekan.

SUSULAN tular video yang memaparkan babak seolah-olah mahu mencium aktor Farihin, pelakon Zairi Aziz mengaku perkara itu meninggalkan kesan besar terhadap kesihatan mentalnya. 

Zairi, 23, berkata sejak babak berkenaan tular dan disensasikan di media sosial, ia sedikit sebanyak mencalar imej diri dan nama keluarganya.

"Saya daripada kecil memang dididik untuk jaga nama. Apabila benda macam ini keluar, risau juga kalau imej keluarga tercalar.

Aksi yang tular sebelum ini di media sosial. 

"Gosip itu benar-benar beri kesan mental sebab sudah menjejaskan nama saya dan keluarga," katanya kepada mStar. 

Bagaimanapun Zairi menjelaskan keluarganya memahami situasi tersebut kerana mengenalinya secara mendalam.

"Keluarga saya tidak bising, mereka faham dan kenal saya luar dan dalam. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian ibu beri kesan mendalam, Nasha Aziz belum sedia kembali berlakon... “Saya ambil masa bertenang dahulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Nasha Aziz bersihkan kubur sambil ‘catwalk’, Tuhan beri rezeki cantik untuk berbakti

"Mereka tahu yang saya ini memang lelaki tulen dan perkara seperti ini memang tidak akan berlaku lagi," ujarnya. 

Jelas Zairi, walaupun gosip itu memberi tekanan terhadapnya, namun tidak menjejaskan kerjaya lakonannya.

"Mental saya memang terganggu, tapi tidak beri kesan besar atau ganggu kerja. Ia lebih kepada hal peribadi dan saya cuma fikir macam mana nak selesaikan benda ini. 

Zairi akan lebih berhati-hati selepas ini. 

"Tapi daripada isu itu, saya jadi lebih berhati-hati," katanya.

Sebelum ini, nama Zairi menjadi bualan ramai apabila tular satu rakaman video yang memaparkan dia seolah-olah ingin bercium dengan seorang rakan pelakon lelaki. 

Menjelaskan perkara itu, Zairi berkata ia hanyalah satu kandungan hiburan berbentuk permainan yang dirancang pihak produksi. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain