GELAGAT pelakon Nasha Aziz yang melakukan aktiviti membersihkan kawasan tanah perkuburan menjadi perhatian ramai.
Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 54, secara spontan mengutip sampah di kawasan berkenaan ketika dia berada di sana.
Malah pelakon ini juga sempat berseloroh membebel apabila melihat banyak sampah terbiar yang dibuang oleh orang yang datang menziarah.
Nasha kongsi aktiviti bersama peminat.
"Sambil-sambil tunggu saya 'catwalk' jalan terus ke bawah nak balik, jumpa sampah. Tengok, dibuang bersepah. Mereka (pelawat) bawa bunga, botol air untuk siram (kubur), kemudian campak saja," katanya.
Nasha berkongsi tindakannya itu dalam sesi siaran langsung di laman TikTok.
Menerusi video tersebut, Nasha dilihat mengenakan topi dan selendang putih di kepala sambil berjalan di sebuah kawasan perkuburan.
ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya hati Nasha Aziz, umur sudah 49 tahun tapi sanggup membujang demi ibu - “Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?”
ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak?” - Nasha Aziz pegang pada prinsip, resepi 30 tahun bertahan sebagai model
Namun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi tanah perkuburan tersebut.
Dalam masa sama dia juga sempat mengingatkan orang ramai agar sentiasa berbakti kepada masyarakat.
"Allah bagi saya rezeki cantik, lawa. Untuk apa saya gunakan? Untuk berbakti, Insya Allah. Tapi andalah yang beri saya kasih sayang. Saya dapat kekuatan ini daripada kamu semua," ujarnya.
Peminat kagum dengan aktiviti Nasha.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai pujian daripada netizen yang kagum dengan niat murni pelakon filem Laila Isabella itu.
"Perkongsian menarik, pahala mengalir terus untuk kak Nasha.
"Aktiviti yang sangat mulia, lain kali kami nak ikut aktiviti bersama Kak Nasha," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube