PEMINAT kumpulan nasyid Inteam sekali lagi hampa apabila konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun dengan tarikh dan lokasi baharu habis dijual dalam tempoh satu jam selepas dilancarkan pada Sabtu.
Mendapat sambutan luar biasa, rata-rata memberitahu mereka sudah menunggu awal untuk membual pembelian namun gagal mendapatkan tiket berkenaan.
"Buat kali kedua gagal battle, sangat kecewa. Berjaya pilih seat lepas itu gagal!
Tiket Inteam sekali lagi dapat sambutan hangat.
"Masuk tak sampai 10 minit dah sold out! Kami perlukan Inteam tour setiap negeri!," antara komen netizen.
Sementara itu kumpulan Inteam menerusi perkongsian di Instagram mereka meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sokongan peminat.
Dalam masa sama, mereka juga seakan memberi bayangan akan menambah bilangan hari persembahan sebagai kejutan.
ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Inteam tukar lokasi lebih besar, anak Suhaimi Saad bakal muncul buat persembahan
ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert Inteam ‘sold out’ dalam masa 2 jam, peminat minta tambah hari
"Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada semua yang berjaya membeli tiket konsert. ampun maaf kepada semua yang tidak berjaya. Kami berikan A+ atas usaha anda.
"Insya-Allah ada berita baik juga yang akan kami umumkan. Nantikan," ujarnya.
Pada 22 Mei lalu, penjualan tiket Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun mendapat sambutan hangat peminat apabila habis dijual dalam tempoh dua jam dilancarkan.
Susulan itu konsert berkenaan terpaksa bertukar tarikh kepada 28 September dengan lokasi baharu di IdeaLive Petaling Jaya yang mampu memuatkan kapasiti 7,000 penonton.
Inteam simpan kejutan buat peminat.
Mengikut perancangan awal konsert mereka bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 September yang boleh menampung kira-kira lebih 2000 penonton.
Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang iaitu Mohd. Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman
Konsert berkenaan diadakan sempena 25 tahun penubuhan kumpulan Inteam yang terkenal dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Nur Kekasih.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube