PELAKON dan pendakwah bebas, Haris Ismail tampil menjawab persoalan yang sering diajukan mengenai tindakan menegur adik ipar, khususnya berkaitan penampilan dan pematuhan syariat.Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, berkata, teguran tetap perlu diberikan, namun harus dilakukan secara beradab dan tidak melampaui batas. "Secara umum kita memang tegur tetapi tidaklah secara mendalam seperti 'Eh tak pakai tudung lagi? Berapa kali nak tegur?'Haris membuat perkongsian dalam program audio siar."Daripada segi adab, dia (adik ipar) pun ada mak ayah sendiri. Kalau awak (hos) tegur adik saya pun, walaupun adik saya tak sempurna, saya tetap rasa cara teguran itu tak betul (kerana melalui orang luar). "Saya ada beri teguran jangan salah faham pula, saya tetap bagi peringatan tetapi kena ingat kata al-Quran jaga diri kamu dan ahli keluarga (terlebih dahulu)," katanyaHaris berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di program audio siar Sembang Seram yang dimuat naik di saluran YouTube. ARTIKEL BERKAITAN: Menteri agama dikecam isu LGBT, PU Riz ajak netizen fahami konteks penuh... “Penting untuk saling menjaga sensitiviti dan mengukuhkan perpaduan”ARTIKEL BERKAITAN: Masih dihina kerana kisah karpet di Nilai, PU Riz terkesan... Dedah pernah dimalukan dalam program komediDalam pada itu, Haris menegaskan Islam tidak melarang memberi peringatan, namun garis panduan perlu dipatuhi.Kongsinya, tanggungjawab utama adalah menjaga diri dan ahli keluarga terdekat seperti yang dianjurkan dalam al-Quran."Secara umum bila kemungkaran berlaku kena tegur tak? Tegur. Tapi setiap orang kena ada batas untuk menegur."Maksudnya siapa yang wajib kita tegur? Ahli rumah kita iaitu isteri, anak-anak, orang gaji dalam rumah kita kena ajar fardhu Ain. "Saya sediakan kelas al-Quran untuk pembantu-pembantu saya. Saya tak ambil ringan," ujarnya. Sementara itu, Haris mengakui berasa penat apabila sering menerima kritikan yang mempersoalkan sama ada dia menegur ahli keluarganya sendiri.Tegas Haris, dia tidak pernah berdiam diri terhadap kesilapan ahli keluarga.Haris (kanan) tidak pernah melepaskan tanggungjawab dalam menegur adik ipar."Mungkin nampak agak serius berpesan sebab saya pun penat nak bercakap. "Setiap kali saya cakap orang akan kata oh tegurlah keluarga kau dulu, pergi ambil cermin diri sendiri. "Adakah saya diam? Tidak, saya tak diam. Siapa pun buat silap apatah lagi ahli keluarga kita tetap tegur," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube