ANGGOTA kumpulan Alpha, Ariel Fesol menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erysha Emyra. Ariel atau Muhammad Fhazrill Fesol, 28, menegaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai seorang sahabat dan fokus utamanya kini adalah pada kerjaya serta tanggungjawab bersama Alpha. "Kami hanya berkawan. Tiada sebarang hubungan istimewa yang perlu saya ceritakan buat masa ini.Ariel menolak dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan Erysha."Fokus utama saya sekarang adalah kepada kerjaya serta tanggungjawab saya bersama Alpha," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ariel memberitahu dia tidak berasa terganggu dengan peminat yang suka melihat mereka digandingkan."Bagi saya, itu perkara biasa. Mana-mana pelakon yang digandingkan bersama pasti akan ada peminat yang ‘shipping’ mereka. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Belum ada cincin di jari, Erysha Emyra jawab hubungan dengan Ariel Fesol... Mula rapat selepas berlakon bersamaARTIKEL BERKAITAN: Ariel Fesol makin dikenali... “Tak sangka Allah beri rezeki lebih”"Kalau perkara itu membuatkan mereka gembira, saya juga tumpang gembira. Namun hakikatnya, kami tetap berkawan seperti biasa," ujarnya. Mengulas lanjut, Ariel menganggap gosip cinta itu mula timbul apabila dia digandingkan bersama Erysha menerusi drama Satu, Dua...Dia?"Sebenarnya spekulasi ini mula menjadi bualan ramai sejak saya digandingkan dengan dia (Erysha) dalam sebuah drama. Bagi saya, saya berkawan dengan semua orang.Ariel (paling kiri) mahu fokus kepada kerjaya bersama Alpha."Tidak dinafikan kami agak rapat memandangkan dia heroin saya dalam drama tersebut. Jadi, keserasian itu memang perlu ada," katanya. Sebelum ini, ketika temu bual bersama mStar, Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 27, menjelaskan hubungannya dengan Ariel hanya sekadar rakan dalam industri hiburan.Menurutnya, dia selesa berkawan dengan Ariel dan menyifatkan penyanyi itu seorang lelaki yang baik serta menghormati orang di sekelilingnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube