PELAKON Nadhir Nasar hanya memerlukan masa sehari untuk menyiapkan penggambaran iklan raya berjudul Bila terbitan syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd.Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata kejayaan menyiapkan penggambaran tersebut bukan hanya hasil usahanya sebagai pengarah, sebaliknya turut dibantu komitmen tinggi barisan pelakon yang terlibat. "Kami menjalani penggambaran iklan ini selama sehari saja dan lebih 80 frame diperlukan. "Kalau mengikut fikiran akal yang waras sebenarnya tak logik untuk kami shooting lebih 80 frame untuk iklan dalam sehari. Nadhir hanya mengambil masa sehari mengarahkan iklan raya."Namun kami berjaya menyiapkannya. Ini bukan usaha saya seorang, tapi barisan pelakon hebat yang hanya buat satu 'take' untuk setiap babak. Ini semua kerana mereka (pelakon)," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Nadhir memberitahu iklan raya tersebut merupakan antara projek arahan terbaharunya selepas beberapa karya lain yang pernah dihasilkan sebelum ini.Kata Nadhir, iklan raya berkenaan tampil dengan konsep santai bagi memberi pengalaman tontonan yang menghiburkan kepada penonton."Rasanya ini adalah iklan raya arahan saya yang ketiga. Dalam produksi Paradise kami ada buat muzik video, filem pendek dan iklan komersil. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nadhir Nasar nafi merajuk, tak pernah kejar trofi... “Usia 42 pun saya masih boleh menang anugerah”ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah pelakon ‘melobi’ cari kerja, Nadhir Nasar yakin tiada siapa berjaya sekelip mata"Untuk iklan raya kali ini ada campuran filem pendek dan komersil. Saya rasa idea ini sangat segar dan santai. Saya hanya mahukan penonton enjoy sewaktu menonton. "Bila kita buat iklan raya pasti ada mesej berat dan menyentuh emosi tetapi apa yang saya sampaikan ini lebih ringan untuk penonton berhibur," ujarnya. Berkongsi pengalaman mengarahkan aktres Liza Hanim dalam iklan raya tersebut, Nadhir mengakui berasa sedikit gementar namun gembira berpeluang bekerjasama dengan pelakon senior. "Sebenarnya saya agak gementar tetapi kakak Liza pun enjoy di set penggambaran walaupun nak mengejar masa," katanya. Barisan pelakon iklan 'Bila'. Dari kiri: Liza, Erysha, Ezzanie dan Auni.Iklan raya 'Bila' mengisahkan tentang Siti, seorang wanita bekerjaya yang melihat sambutan Aidilfitri bukan sekadar perayaan, sebaliknya musim yang penuh tekanan.Pada usia 30 tahun, setiap kali pulang ke kampung dia sering berdepan soalan sensitif seperti “Bila nak kahwin?”. Bagi mengelakkan desakan keluarga, Siti mengambil keputusan mengupah ‘teman lelaki palsu’ setiap kali pulang beraya.Selain Liza Hanim, iklan raya 'Bila' turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Yusuf Bahrin, Areef Amran, Erysha Emyra, Ezzanie Jasny, Auni Yusri dan Syad Mutalib.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube