suria

Bella Astillah didakwa tak bagi anak-anak jumpa bekas suami, Didi Astillah tampil bersuara

Didi tampil pertahankan Bella.

PENYANYI Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya iaitu Bella Astillah selepas terdapat tuduhan mendakwa aktres tersebut melarang bekas suaminya, Aliff Aziz bertemu anak-anak mereka.

Bengang dengan perkara tersebut, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 30, menyelar tindakan netizen yang menyebarkan fitnah tanpa mengetahui kisah sebenar.

"Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang lain tapi tak tahu cerita sebenar," katanya menerusi ruangan komen di aplikasi Threads.

Didi pertahankan tindakan kakaknya.

Didi tampil bersuara sebagai respons terhadap seorang pengguna media sosial yang mendakwa Bella sering membawa anak-anaknya meluangkan masa bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berbanding ayah kandung mereka. 

Difahamkan, dakwaan tersebut mula timbul apabila Aliff dipercayai sudah lama tidak bertemu dengan dua anaknya.

"Gedik betul Bella Astillah, anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah buat kuih raya untuk Perdana Menteri, Syed Saddiq turut sama bantu di dapur

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tak bagi muka, rancang saman ‘haters’ tabur fitnah

"Tak nak bagi anak-anak confuse katanya. Bawa jumpa Syed Saddiq mengatal boleh pula," tulis netizen tersebut.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz pada September 2016.

Mereka pernah bercerai pad 16 Mei 2019 namun rujuk kembali dan berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain