suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penonton kemalangan sebelum tonton Baga, Syafiq Kyle sanggup ’belanja’ semula 8 tiket

Syafiq simpati dengan nasib seorang penonton yang terlibat dalam kemalangan.

PELAKON Syafiq Kyle bermurah hati untuk membayar semula ganti rugi tiket pawagam kepada seorang individu yang terlepas menonton filem Baga: Esok Untuk Siapa akibat kemalangan jalan raya.

Menerusi satu komen balas di laman Threads, isteri kepada Syafiq iaitu aktres Mimi Lana memberitahu suaminya juga tidak keberatan untuk membelikan tiket baharu jika individu tersebut mahu menonton filem terbitannya.

"Syafiq cakap dia nak minta bayar balik duit tiket awak.

Keadaan kereta yang dikongsi oleh Izzati. 

"Lepas itu kalau awak nak beli tiket baru nanti pun kami belanja. Syukur dapat tahu awak semua dalam keadaan baik," balas Mimi pada hantaran individu berkenaan.

Aktres itu juga meminta individu yang menggunakan nama Izzati Kamal di laman Threads itu untuk menyemak mesej yang dikirim bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Izzati memaklumkan dia terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan menonton filem Baga: Esok Untuk Siapa di Mesra Mall, Dungun, Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle akui bukan mudah jual filem ‘berat‘, harap ‘Baga‘ laris di panggung 

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf trauma jadi penagih dadah dalam Baga, takut duduk sendiri hingga ajak adik-beradik teman selepas penggambaran

Tangkap layar e-tiket yang dimuat naik menunjukkan Izzati membeli lapan kerusi untuk tayangan berkenaan.

Dia turut berkongsi gambar kereta yang musnah di bahagian hadapan akibat terlanggar sebatang pokok.

"Nak tengok filem Baga tak kesampaian, sebabnya dalam kereta itu baga (hilang arah) dulu.

"Alhamdulillah lima orang luka ringan sahaja, cuma kereta hancur," jelas Izzati.

 

Artikel Lain