suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Negeri Sembilan yakin persidangan DUN ikut jadual, tidak timbul soal dibubarkan

Ismail menjelaskan tentang persiapan pembelanjawan Negeri Sembilan 2027.

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan pendiriannya agar Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan, selain berusaha memastikan persidangan seterusnya berlangsung mengikut jadual.

Tambahan pula, semua persiapan bagi pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 sudah selesai dan pihaknya kini hanya menunggu tarikh persidangan.

"Kita sudah memuktamadkan semuanya dan hanya menunggu tarikh untuk mengadakan persidangan DUN.

"Kita akan berusaha sedaya upaya memastikan persidangan berlangsung seperti dijadualkan. Tidak timbul soal DUN dibubarkan.

"Sebagai ketua kerajaan negeri, saya tidak akan membenarkan DUN dibubarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Penasihat Khas Hal Ehwal Masyarakat India, Datuk VS Mogan di Negeri Sembilan pada Ahad.

Ismail mengulas pertanyaan mengenai persiapan kerajaan negeri menjelang persidangan DUN yang akan datang.

Persidangan berkenaan dirancang berlangsung pada 26 November ini, manakala pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dijadualkan pada 27 November 2026.

Bagaimanapun, tarikh tersebut masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.-The Star

Artikel Lain