suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ammar Haikal tiada hal ’tunggang’ nama Ameng - “Rugi kalau saya tak guna peluang“

Ammar gunakan nama bapanya untuk raih populariti.

PENYANYI Ammar Haikal mengakui dia tidak menolak daripada menggunakan nama dan populariti bapanya yang juga vokalis kumpulan Spring, Datuk Ameng bagi membantu menaikkan namanya dan kerjaya dalam industri hiburan.

Ammar atau nama sebenarnya Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, berkata, adalah satu kerugian jika dia melepaskan peluang tersebut biarpun sebelum ini pernah mencuba untuk keluar daripada bayangan bapanya.

“Saya memang ada peluang untuk guna nama ayah saya iaitu Datuk Ameng Spring.

Ammar anggap perkara tersebut sebagai satu kelebihan. 

“Cuma saya sendiri memilih jalan untuk tidak guna nama dia. Saya nak lari jauh supaya orang tak nampak bayangan Ameng Spring dekat saya.

“Tapi rugi juga kalau saya tak gunakan peluang itu. Saya ada juga gunakan nama ayah saya untuk promosikan diri sendiri,” katanya kepada mStar. 

Ammar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38 di Ombak, KLCC pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Haikal teruja pertaruhkan 'Gila Bayang'

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan gastrik, rupanya Ammar Haikal alami pankreas bengkak dan batu hempedu

Mengulas lanjut, Ammar berpandangan tiada sebarang kesalahan untuk seorang anak menumpang nama ibu bapa sendiri demi meraih populariti. 

“Pada saya tak salah pun nak guna nama ayah sendiri untuk populariti sendiri.

“Terpulang pada individu itu sendiri. Orang luar tiada hak nak menghukum perkara itu. Dah itu memang ibu atau bapa dia,” ujarnya. 

Ammar anggap isu menggunakan populariti bapa bukan sebagai kesalahan. 

Ammar mengulas perkara tersebut susulan isu penyanyi Zaki Yamani pernah menasihati abangnya, Osama Yamani supaya lebih memanfaatkan peluang menghasilkan kandungan bersama bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah bagi membantu mengukuhkan nama dalam bidang nyanyian.

Bagaimanapun, Osama sebelum ini menyuarakan hasrat untuk membina identiti tersendiri tanpa terlalu dibayangi nama bapanya.

Artikel Lain