PENYANYI Aisha Retno tidak dapat menahan sebak apabila menerima sambutan baik daripada penonton selepas hari kelapan pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM).Bukan itu sahaja, kata Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dia berasa lebih terharu apabila mengenangkan kembali fasa kejatuhan yang pernah dilalui sebelum ini.Luahan Aisha di Threads. "Ini adalah teater muzikal pertama saya di mana dulu saya pernah mengalami kejatuhan pada akhir 2024 selepas konsert dibatalkan, dicaci dan sebagainya."Kini mendapat cinta sebegini, saya rasa tidak layak," katanya dalam satu hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno tahan sakit, harap kaki pulih sebelum teater PGL ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Adil’ mula masuk carta, Aisha Retno tambah semangat nak buat lagu baharuLebih bermakna, pementasan pada malam berkenaan turut disaksikan oleh ibu bapanya.Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, Aisha turut tersentuh dengan kata-kata semangat daripada rakan artis, Ernie Zakri, yang hadir menonton persembahannya.Barisan pelakon PGLTM. Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, Ernie memuji lakonan Aisha serta lontaran vokal yang baik membawakan watak Gusti Puteri atau Puteri Gunung Ledang dalam teater itu."Babak tujuh dulang sangat hebat. Vokal sangat jelas. Lontaran bagus," kata Ernie menerusi mesej yang dihantar kepada Aisha.