suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Tak Adil’ mula masuk carta, Aisha Retno tambah semangat nak buat lagu baharu

Kejayaan di AJL40 memberi impak buat lagu ciptaan Aisha.

PENYANYI Aisha Retno meluahkan rasa syukur terhadap kejayaan karya ciptaan dan nyanyiannya berjudul Tak Adil yang kini semakin mengungguli beberapa carta lagu tempatan.

Biarpun kedudukan itu terhasil selepas setahun dilancarkan, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memberitahu dia tidak menolak kejayaan bergelar naib juara di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) memberi impak kepada lagu berkenaan.

"Terima kasih AJL40 kerana memberi impak setinggi langit kepada lagu Tak Adil yang tiba-tiba mendaki beberapa carta tahun ini sedangkan sudah setahun umurnya," tulis Aisha di Threads pada Selasa.

Lagu Tak Adik menduduki tangga ketiga carta RIM. 

Menerusi perkongsian di media sosial Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), lagu berkenaan kini menduduki tempat ketiga dalam senarai 10 Lagu Melayu Paling Tinggi Distrim.

Mengucapkan penghargaan buat peminat, Aisha berkata kejayaan itu juga memberi semangat untuk dia terus menghasilkan lagu baharu pada masa akan datang.

"Makin tak sabar melahirkan karya-karya baharu di persada dimensi genre yang lebih segar," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mengapa ujian Allah“ - Aisha Retno penat dituduh tak profesional menjelang AJL40 

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk sangat sampai lupa hari lahir, Aisha Retno fokus kerjaya belum fikir soal kahwin

Dalam edisi AJL40 yang berlangsung pada 15 Ogos lalu, lagu Tak Adil diumumkan sebagai naib juara dengan membawa hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM50,000.

Lagu tersebut merupakan ciptaan Aisha bersama adiknya, Radi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain