suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak mengapa ujian Allah“ - Aisha Retno penat dituduh tak profesional menjelang AJL40

Aisha tidak mengetahui punca sering dipandang negatif di media sosial.

PENYANYI Aisha Retno mengakui sudah penat apabila dirinya terus dihujani pelbagai komen negatif menjelang Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) pada Sabtu ini.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata dia tidak memahami mengapa dirinya sering dipandang dari sudut negatif sedangkan dia juga hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

"Orang ramai banyak sangat mengambil perkara negatif sepanjang perjalanan saya menuju AJL

Aisha sudah penat menerima pandangan negatif netizen di media sosial.

"Saya betul-betul tak faham. Saya juga manusia biasa dan sudah penat dengan semua ini. Tak mengapa ujian Allah," katanya. 

Aisha berkongsi perkara itu menerusi sebuah komen yang ditulis oleh seorang pengguna di Threads. 

Individu berkenaan merujuk kepada hantaran asal yang mempersoalkan tentang tingkah laku Aisha yang dikatakan tidak profesional. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Busana PGL cetus kritikan, Aisha Retno terima teguran netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Penat patah hati menangis dua malam, Aisha Retno bengang lagu ‘Tak Adil’ dituduh guna AI

Bagaimanapun, pengguna tersebut tampil menyebelahi Aisha dan menganggap tiada apa yang salah dengan tindakan penyanyi lagu Jodoh Lebaran itu.

Sebelum ini, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Aisha yang didakwa bersikap kurang profesional dalam acara yang dihadirinya.

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan mengakui Aisha seorang penyanyi berbakat, namun berpendapat aksi spontan dan mimik muka yang ditunjukkan membuatkan dia kelihatan kurang profesional sebagai seorang selebriti.

Susulan teguran itu, Aisha tampil memberikan respons dan menjelaskan bahawa dirinya sudah dididik oleh ibu bapa untuk mengetahui batas antara waktu bergurau dan serius, terutama ketika melibatkan urusan kerja.

"Tak salah untuk berseronok sedikit. Orang kata YOLO (you only live once), jadi jangan risau, okay!

Aisha bakal berentap di pentas AJL40 menerusi lagu Tak Adil.

"Setakat ini, dengan didikan yang diberikan oleh ibu bapa, Aisha tahu bila waktu yang sesuai untuk bersikap 'silly kacip' dan bila masanya untuk berbincang secara serius seperti yang dilihat dalam temu bual ini. 

"Aisha takkan hampakan ibu bapa dengan pendidikan yang telah mereka berikan," jawabnya. 

Untuk info, Aisha mempertaruhkan lagu Tak Adil pada Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang bakal bersiaran secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu ini. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain