VOKALIS kumpulan Nastia, Leo Azman memaklumkan band tersebut kini hanya tampil berdua untuk projek terbaharu selepas dua lagi anggota mengambil keputusan untuk tarik diri.Dua anggota yang tidak terlibat dalam projek berkenaan ialah pemain piano dan keyboard, Zach Zainal Zainir dan pemain dram dikenali sebagai Jenk. Kata Leo atau Nur Azman Azhari, keputusan itu berlaku susulan kejadian tidak terduga dan mereka memilih untuk meneruskan perjalanan seni berasingan buat sementara waktu.Nastia kini hanya tinggal berdua, Leo (kiri) dan Rudy.“Berlaku kejadian tak terduga. Kalau boleh kami pun nak berempat, tapi mereka tak setuju, jadi kami jalan berdua sahaja.“Mereka masih dalam Nastia. Cuma untuk projek ini mereka tak sertai. Tapi doa-doakan, mana tahu kami kembali bersatu, insya-Allah,” katanya kepada mStar.Leo berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Nastia Project yang diadakan di St Giles Boulevard Hotel, Bangsar, Kuala Lumpur pada petang Rabu.Berkongsi lanjut, Leo mendedahkan keputusan dua lagi anggota kumpulan itu turut dipengaruhi oleh pihak ketiga.ARTIKEL BERKAITAN: Nastia, Lagu Popular Orangnya Tidak ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kena jujur dengan diri dan kelakuan silam“ - Aliff Aziz mahu jadi lebih baik, terbuka dengan persepsi masyarakatSituasi tersebut bagaimanapun membuatkan Leo kecewa memandangkan sejak dahulu lagi dia membayangkan Nastia dapat kembali tampil lengkap berempat di atas pentas.“Ada pihak ketiga yang mempengaruhi mereka berdua ketika keadaan itu berlaku.“Kami tak bergaduh, cuma jalan yang dipilih berbeza.“Saya kecewa. Dari dulu saya terbayang nak buat konsert kami empat orang, tapi takdir dah begini. Jadi, kami follow the flow sahaja,” jelasnya.Nastia bakal adakan persembahan dengan Amir Jahari (kanan).Bagaimanapun, Leo menegaskan hubungan mereka masih baik dan dua anggota yang tidak menyertai projek berkenaan kekal sebagai sebahagian daripada Nastia.Dalam perkembangan lain, Leo bersama gitaris kumpulan Nastia, Rudy Iskandar bakal mengadakan persembahan menerusi Konsert Nastia Project bersama Fynn Jamal dan Amir Jahari.Konsert tersebut dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Oktober depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!