SELEPAS melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupan dan kerjaya seni, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mahu memanfaatkan sisa kehidupan dengan memberi fokus kepada perkara-perkara positif.Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz, 35, berkata pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih fokus membaiki diri secara dalaman berbanding memikirkan pandangan luaran masyarakat. “Saya kena jujur dengan diri dan juga apa sahaja kelakuan saya di masa silam. Saya harus mencari kaedah untuk memaafkan diri sendiri kerana hanya dengan itu baru saya boleh ke hadapan.Aliff tidak mahu fikirkan mengenai pandangan orang luar. “Saya sudah berumur 35 tahun dan saya mahu habiskan sisa-sisa kehidupan saya di dalam industri ataupun kehidupan secara umumnya dengan sesuatu yang positif,” katanya.Mengulas mengenai persepsi masyarakat terhadap dirinya, Aliff berkata dia terbuka menerima sebarang pandangan orang ramai, namun memilih untuk tidak mahu membebankan fikirannya. Sebaliknya, Aliff bersyukur kerana masih dikurniakan sokongan daripada keluarga dan sahabat terdekat untuk terus bangkit.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz kunci mulut status diri, mahu jadi lelaki lebih baik - “Bukan saya play victim”ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Datuk M. Nasir hanya bergurau“ - Aliff Aziz ulas gelaran aktor kedua terkacak, rezeki pertama kali buat teater“Apa orang nak kata atau pendapat mereka, saya terima dengan hati terbuka. Itu di luar bidang kuasa saya untuk mengubah persepsi orang. Yang saya boleh fokus adalah bangkit balik dan fokus apa yang Allah berikan.“Alhamdulillah, masih ada doa ayah dan umi. Sokongan lain pun saya dapat daripada adik-beradik, sahabat-sahabat jemaah serta kawan-kawan dalam industri yang banyak memberi kata-kata semangat,” ujarnya.Dalam pada itu, Aliff kini lebih banyak memfokuskan tenaga kepada aktiviti sihat termasuk menjaga pemakanan dan fizikal di gimnasium bagi memastikan kehidupannya lebih teratur.Aliff juga kini lebih fokus menjaga kesihatan dalaman dan luaran dirinya. “Ada seorang sahabat kongsi analogi. Bila kita bawa kereta, kita tengok depan atau cermin pandang belakang? Cermin pandang belakang itu kita tengok sekadar untuk lihat, tetapi kita kena fokus ke depan.“Mungkin sebelum ini saya banyak tengok 'cermin pandang belakang' itu terlalu lama, sebab itu terlanggar lagi. Apa yang terjadi semalam saya jadikan pengajaran, tetapi saya akan terus bergerak ke hadapan.“Saya cuba untuk jadi optimistik dan lebih sihat, luang masa di gimnasium dan jaga makan. Saya berterima kasih kepada semua yang telah memberi peluang untuk saya berkarya semula,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!