IBU kepada pelakon dan usahawan Syida Melvin, iaitu Robiah Rahman, mengakui berat hati menerima perceraian anaknya namun percaya perpisahan adalah jalan terbaik selepas usaha menyelamatkan rumah tangga tidak berhasil.Kata Robiah, 60, seperti ibu lain, dia pastinya mengimpikan perkahwinan anaknya berkekalan sehingga ke akhir hayat dan hidup bahagia bersama pasangan. Namun, dia perlu menerima keputusan tersebut demi kebahagiaan anak dan tiga cucunya.“Tak ada seorang ibu pun dalam dunia ini yang nak anak dia berpisah. Setiap perkahwinan itu kita nak berpanjangan sampai bila-bila dan bahagia selamanya.Robiah hadir menemani Syida di mahkamah. “Tapi kalau itulah jalan yang terbaik dan rumah tangga sudah tidak dapat diselamatkan lagi, lebih baik berpisah daripada membiarkan anak kita menderita,” katanya kepada mStar.Robiah berkongsi perkara itu selepas selesai prosiding lafaz cerai Syida dan suaminya, Mohamad Syafiq Azim, 37, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu.Sebagai ibu, Robiah berkata dia sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada Syida agar terus kuat dan tabah berdepan ujian dalam kehidupan.Menurutnya, keluarga hanya mampu memberikan nasihat dan sokongan, namun segala keputusan serta dugaan dalam rumah tangga perlu dilalui oleh pasangan itu sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin, suami sah cerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin anggap perceraian hadiah hari lahir, tiada dendam pada bekas suami“Saya selalu pesan pada Syida, kuatkan semangat dan hadapi dengan senyuman.“Apa yang jadi, biarlah terjadi. Kita sudah cuba sedaya upaya untuk berdamai dan kekalkan perkahwinan demi anak-anak, tetapi nampaknya sudah tidak boleh.“Syida sendiri yang rasa dan melalui semua itu. Memang menjadi hak kita untuk menasihati dia, tetapi kalau sudah tidak boleh, nak buat macam mana. Perceraian adalah jalan yang terbaik,” ujarnya.Pada pagi Rabu, Syida sah bercerai talak satu dengan Mohamad Syafiq kira-kira pukul 9.25 pagi di hadapan Hakim Syarie, Norul Aina Bahari. Syida dan Syafiq (kiri) sah bercerai talak satu pada Rabu. Prosiding lafaz cerai pasangan itu sebelum ini ditangguhkan pada 6 Ogos lalu selepas Syida berada dalam keadaan tidak suci kerana sedang haid.Syida sebelum ini dilaporkan memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya di berkenaan pada Disember 2025.Untuk rekod, Syida dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube