PELAKON dan usahawan Syida Melvin menganggap perceraian yang berlangsung pada Rabu sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 11 Ogos lalu.Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, berkata dia bersyukur apabila prosiding lafaz cerai bersama bekas suami Syafiq Azim, berjalan lancar seperti yang diharapkan. “Alhamdulillah, prosiding hari ini selesai dengan cepat seperti yang dijangkakan dan semuanya berjalan dengan lancar.“Memandangkan semalam hari jadi saya, jadi ini adalah hadiah hari jadi yang tak semua orang akan dapat,” katanya kepada mStar.Syida reda rumah tangga berakhir dengan perceraian. Syida berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.Dalam pada itu, Syida mengakui sudah bersedia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas nekad memfailkan perceraian pada Disember tahun lalu.“Saya okay saja, insya-Allah. Semuanya bergantung kepada mindset sebenarnya. Saya juga sudah lama bersedia (bergelar ibu tunggal).“Sepanjang lima hingga enam bulan kami tidak sebumbung pun, anak-anak memang bersama saya. Jadi, saya okay saja,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada apa saya kesal, banyak kenangan indah” - Bekas suami tetap sokong Syida Melvin, jamin beri kerjasama hal anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin, suami sah cerai talak satuMengulas mengenai hubungan dengan bekas suami, Syida berkata dia tidak menyimpan sebarang dendam malah mereka sempat bermaaf-maafan di hadapan hakim sebelum prosiding bermula.“Kami sempat bermaaf-maafan sebelum prosiding cerai tadi sebab bagi saya, saya tidak berdendam apa-apa dengan dia (bekas suami).“Kita cuma manusia biasa dan perlu saling bermaaf-maafan. Dia juga susah mohon maaf kepada saya, jadi kami kosong-kosong,” katanya lagi.Sementara itu, Syida berkata kebajikan tiga anak mereka akan terus menjadi keutamaan walaupun mereka tidak lagi bergelar suami isteri. Dia juga susah mohon maaf kepada saya, jadi kami kosong-kosongSYIDA MELVINPELAKON/USAHAWAN “Bila sudah bercerai dan bukan lagi berstatus suami dan isteri, kita perlu melakukan ‘co-parenting’ yang baik untuk anak-anak.“Anak-anak tidak bersalah dan mereka masih memerlukan ibu bapa meskipun saya dan Syafiq bukan lagi suami isteri.“Walaupun anak-anak berada dengan saya di kampung, mereka tetap boleh berjumpa bapa mereka setiap kali ke Kuala Lumpur,” ujarnya.Pada pagi Rabu, Syida, sah bercerai talak satu dengan Syafiq kira-kira pukul 9.25 pagi di hadapan Hakim Syarie Norul Aina Bahari..Syida dan Syafiq sepakat dalam urusan menjaga anak-anak. Prosiding lafaz cerai pasangan itu pada 6 Ogos ditangguhkan selepas Syida berada dalam keadaan tidak suci kerana sedang haid.Syida sebelum ini dilaporkan memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember 2025. Untuk rekod, Syida dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!