BEKAS suami kepada pelakon dan usahawan Syida Melvin iaitu Syafiq Azim tidak pernah menyesal mendirikan rumah tangga bersama wanita berkenaan walaupun perkahwinan mereka berakhir selepas tujuh tahun.Syafiq atau Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, menyifatkan Syida seorang wanita yang baik sepanjang mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri. “Syida seorang wanita yang baik. Sepanjang perkahwinan kami, tiada apa yang saya kesalkan.“Banyak kenangan manis dan indah saya bersama Syida. Saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya.Syafiq ditemui media selepas melafazkan cerai terhadap Syida.“Kami sudah bina banyak kenangan bersama, bisnes, rumah dan membesarkan anak bersama-sama,” katanya kepada mStar.Syafiq berkongsi perkara itu sebaik sahaja selepas selesai prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Rabu.Menurutnya, proses perceraian berlangsung dalam suasana tenang dan mereka turut sempat bersalaman serta bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri.“Proses di dalam kamar bicara semuanya berjalan dengan baik. Hakim ada bertanya kepada saya buat kali terakhir dan Syida tetap mahu meneruskan (perceraian), maka kami teruskan.ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin, suami sah cerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syida Melvin buntu...suami enggan bayar hutang tertunggak syarikat milik bersama“Kami berdua bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri dan bermaafan sesama sendiri sebelum saya lafaz cerai,” ujarnya.Dalam pada itu, Syafiq berkata dia akan tetap menyokong apa sahaja yang dilakukan Syida selain bersedia mengekalkan hubungan baik sebagai kawan.Malah, dia turut memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama dalam urusan melibatkan anak-anak mereka.“Selepas ini, apa jua yang Syida lakukan, saya akan terus menyokong. Mengenai anak-anak pula, saya akan terus beri kerjasama,” katanya.Syafiq akan terus menyokong kerjaya Syida. Pada pagi Rabu, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, sah bercerai talak satu dengan Syafiq kira-kira pukul 9.25 pagi di hadapan Hakim Syarie, Norul Aina Bahari.Prosiding lafaz cerai pasangan itu ditangguhkan pada 6 Ogos lalu berikutan Syida berada dalam keadaan tidak suci kerana sedang haid.Syida sebelum ini dilaporkan memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember 2025.Untuk rekod, Syida dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!