PELAKON dan usahawan Karl Shafek teruja apabila bakal beraksi kembali di pentas lakonan menerusi naskhah Teater Muzikal Tomyam Berdarah selepas hampir sedekad menyepi daripada dunia pementasan.Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 46, berkata kali terakhir dia menjayakan pementasan adalah pada 2018 menerusi teater Ombak Rindu sebelum terpaksa memperlahankan kerjaya seni akibat pandemik Covid-19. “Alhamdulillah, ketika mendapat tawaran daripada penerbit Siti Rohayah Attan, saya terus katakan ya walaupun belum baca skrip dan tidak mengetahui jalan cerita serta butiran penuh teater ini. Kali terakhir Karl menjayakan teater pada 2018. Saya terlalu gembira apabila impian kembali ke pentas teater tercapai. Tambahan pula, ini bukan kali pertama. Teater Muzikal Tomyam Berdarah merupakan projek ketiga saya bekerjasama dengan CTRA Production selepas Ombak Rindu dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,” katanya dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, Karl yang kini aktif mengusahakan perniagaan pakaian jenama Neonate mengakui dia tidak pernah meletakkan syarat atau bersikap cerewet dalam pemilihan watak.Menurutnya, peluang untuk beraksi semula di hadapan penonton secara langsung sudah memadai buat dirinya.ARTIKEL BERKAITAN: Rekaan busana luahan putus cinta, Karl Shafek terapi diri dalam karya fesyenARTIKEL BERKAITAN: Pelik kenapa ada dua pelakon Puteri Gunung Ledang? Karl Shafek tampil beri penjelasan“Saya tak kisah diberikan watak utama ataupun sampingan kerana berpeluang menyertai pentas teater itu sudah cukup bermakna buat saya. Paling penting, dapat melepaskan rindu,” jelasnya.Untuk info, Karl bakal memegang watak sebagai Chef Rahman dalam teater tersebut yang merupakan sebuah naskhah satira jenayah interaktif menggabungkan elemen komedi gelap, siasatan dramatik dan naratif makanan tempatan.Kekecohan bermula apabila pemilik Restoran Rahman Berkat Maju itu ditemui mati di dalam periuk tomyam warisannya sendiri sewaktu sedang bersiap sedia menyertai pertandingan Master Chef Universe.Karl Shafek bakal membawa watak Chef Rahman. Naskhah tulisan dan arahan Aloeng Silalahi itu juga merupakan satu bentuk sokongan proaktif dalam memperkasakan kemahiran generasi muda menerusi sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya bidang kulinari.Teater tersebut bakal dipentaskan pada 28 hingga 30 Ogos ini di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!