PELAKON dan usahawan Syida Melvin sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu.Lafaz cerai dibuat Mohamad Syafiq di hadapan Hakim Syarie, Norul Aina Bahari kira-kira pukul 9.25 pagi dan ia merupakan talak raj’ie. Peguam yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah berkata, tempoh idah anak guamnya bermula pada hari ini selepas perceraian tersebut diselesaikan secara baik.Syida kelihatan tenang ketika bertemu media. “Alhamdulillah, kita dah selesai perceraian tadi dengan lafaz talak satu, talak raj’ie.“Bermula hari ini, kira selesai semua antara kedua-dua belah pihak. Selesai secara damai, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar selepas prosiding lafaz cerai berkenaan.Mengulas mengenai urusan berkaitan hak selepas perceraian, Nurul Jamaliah berkata pihaknya akan memfailkan beberapa tuntutan selepas menerima dokumen rasmi daripada pihak mahkamah.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syida Melvin buntu...suami enggan bayar hutang tertunggak syarikat milik bersama ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syida Melvin tidak suci, tangguh lafaz cerai 12 Ogos ini“Perkara itu mungkin kita akan failkan selepas selesai kes ini. Kita kena tunggu dulu dokumen yang akan dikeluarkan pihak mahkamah.“Ada prosiding berkaitan dengan mungkin harta sepencarian dan hadanah serta nafkah anak juga, mungkin akan ada untuk hak anak-anak tersebut,” ujarnya.Pada 6 Ogos lalu, prosiding lafaz cerai Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, dan suaminya terpaksa ditangguhkan selepas aktres berkenaan berada dalam keadaan tidak suci kerana haid.Perkahwinan Syida berakhir selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum itu, Syida dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syafiq di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.Untuk rekod, Syida dan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!