suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syida Melvin tidak suci, tangguh lafaz cerai 12 Ogos ini

Syida kelihatan tenang ketika bertemu media.

PROSIDING lafaz cerai pelakon dan usahawan Syida Melvin yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis ditangguhkan kerana aktres berkenaan berada dalam keadaan tidak suci (haid).

Peguam syarie mewakili Syida, Nurul Jamaliah, berkata pihak defendan telah menyatakan persetujuan untuk melafazkan cerai, namun prosiding itu tidak dapat diteruskan atas faktor syarak.

Menurut Nurul Jamaliah, Hakim Syarie, Norul Aina Bahari menetapkan 12 Ogos ini sebagai tarikh baharu untuk lafaz cerai.

Syida hadir ke mahkamah bersama peguam. 

“Alhamdulillah hari ini kita sudah selesaikan laporan JKP tapi pihak defenden mengutarakan pendirian mereka yang dia bersetuju untuk melafazkan cerai. 

“Namun kes ini terpaksa ditangguhkan pada 12 Ogos untuk tarikh pihak defendan lafazkan cerai kerana Syida dalam keadaan tidak suci (haid). 

“Alhamdulillah kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam pengemis, Syida Melvin terpaksa tanggung hutang syarikat... Dikejar bank gara-gara tak bayar tunggakan rumah 

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin fail cerai terhadap suami

Sementara itu, Syida mengakui tidak menyangka rumah tangga yang dibina berakhir dengan perceraian, namun reda menerima ketentuan yang telah ditetapkan buat dirinya.

“Saya pun tak sangka (penceraian) perkara ini akan berlaku tetapi semuanya sudah tertulis. 

“Bagi saya, rumah tangga kami sudah tidak boleh diselesaikan. Lama juga saya simpan rahsia ini tapi lama-kelamaan saya tidak mampu untuk terus berahsia. 

Saya pun tak sangka (penceraian) perkara ini akan berlaku tetapi semuanya sudah tertulis

SYIDA MELVIN 

PELAKON

“Mungkin isu yang viral tempoh hari (perkongsian di media sosial) adalah kerana emosi sebab mengenangkan apa yang berlaku pada saya dan anak-anak,” ujarnya. 

Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. 

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.

Syida memfailkan cerai pada Disember 2025. 

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain