PENYANYI Kaka Azraff nekad bangkit membina semula kerjaya seni selepas melalui episod penceraian demi mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 36, berkata sebelum ini dia tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap bidang nyanyian kerana mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. "Sekarang ini saya penuh dengan harapan sebab baru nak mulakan kerjaya semula sepenuh masa."Saya tiada pilihan dan perlu berusaha sendiri seperti waktu masih bujang. Saya kena kerja bersungguh-sungguh untuk membesarkan anak-anak. Kaka mahu kembali aktif dalam bidang seni."Saya akan kembali aktif sepenuhnya dalam bidang nyanyian kerana ia memang minat saya. Sekarang ini saya ada tanggungjawab untuk beri keselesaaan kepada anak-anak," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Kaka memberitahu dia akan kembali aktif menghasilkan karya yang kini menjadi sumber utama pendapatan bagi memastikan anak-anak menikmati kehidupan yang lebih selesa.Kata Kaka, dia bersyukur kerana masih mendapat sokongan peminat meskipun industri muzik tempatan kini dibarisi ramai penyanyi baharu yang semakin menyerlah."Alhamdulillah saya bersyukur masih ramai menghargai bakat saya sebagai anak seni tetapi saya kena lebih bekerja keras. ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan bagi lelaki buli!“ - Kaka Azraff pesan wanita bercerai perlu tegas ‘co-parenting‘ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff akui tak mudah hidup sebagai ibu tunggal"Sekarang ini pun banyak bakat-bakat baharu. Saya gembira industri muzik kita makin berkembang. "Namun saya bersyukur juga peminat masih nampak saya dalam industri ini," ujarnya. Berkongsi perkembangan terbaharu, Kaka memberitahu dia baharu melancarkan single berjudul Berubah dan sedang merancang memperkenalkan beberapa lagi lagu dalam masa terdekat sebagai usaha mengukuhkan kembali kerjayanya."Saya pun baru lancar single baharu berjudul Berubah. Muzik video pun dah boleh ditonton di semua platform digital. Kaka kini memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal."Ada juga beberapa lagu yang saya akan lancarkan. Saya harap inilah yang akan jadi punca pendapatan untuk teruskan kehidupan sebagai ibu tunggal. "Kalau boleh saya mahu menjaga anak-anak tanpa perlu meraih bantuan sesiapa," katanya. Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018, namun bercerai talak dua pada 4 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!